top of page

Melalui Roh Kudus, kita dapat masuk ke dalam hadirat-Nya

  • 3 days ago
  • 1 min read

“…Kerana melalui-Nya (Yesus Kristus) kita, kedua-dua pihak (orang Yahudi mahupun bukan Yahudi), dapat menghampiri Allah Bapa dengan satu Roh....” Efesus 2:18


Paulus memberitahu jemaah di Efesus bahawa melalui Kristus Yesus, semua orang (orang Yahudi mahupun bukan Yahudi) mempunyai hak untuk masuk ke dalam hadirat Bapa dengan pertolongan Roh Allah yang satu.


Oleh kerana perantaraan Kristus Yesus, semua orang (orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi) telah menerima Roh Kudus di dalam hidup mereka. Oleh itu, melalui Roh Kudus yang telah mereka terima melalui Yesus Kristus, semua orang yang percaya kepada-Nya menjadi layak untuk mendekati Allah Bapa.


Sebab semua orang yang telah menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat dalam hidup mereka secara peribadi pasti menerima Roh Kudus di dalam diri mereka. Dengan itu, melalui Roh Kudus yang ada di dalam diri mereka, setiap orang akan menerima hak yang sama untuk datang ke dalam hadirat Allah Bapa.


Dengan itu, marilah kita bersyukur sungguh-sungguh kepada Allah Bapa kerana menganugerahkan Roh-Nya kepada setiap kita. Oleh itu, melalui Roh-Nya, setiap kita dapat bersekutu dengan-Nya di dalam hadirat-Nya. Dengan itu, marilah kita menyerahkan seluruh kehidupan kita kepada-Nya, dan membiarkan Roh-Nya menguasai kehidupan kita setiap hari.


Melalui Roh Kudus, kita dapat masuk ke dalam hadirat-Nya.


Doa: Tuhan Yesus, terima kasih kerana memberikan aku Roh-Mu untuk tinggal dalam hidup aku. Oleh kerana Roh-Mu, aku dapat menikmati hadirat-Mu dan bersekutu dengan Engkau. Oleh itu, ajarlah aku untuk hidup dekat dengan Engkau sepanjang hidup aku. Di dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page