top of page

Membangun Kehidupan yang Bermakna 

Shalom Aleichem anak muda! 

Pernahkah anda berfikir tentang kehidupan kita di bumi ini? Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri apakah erti kehidupan saya? Jika pertanyaan-pertanyaan ini pernah terlintas di fikiran kita, ini bermakna kita sedar bahawa hidup kita itu bukan sekadar hidup tetapi ada hal yang perlu kita lakukan sehingga kita mengecapi hidup yang bermakna itu. 


Untuk membangun kehidupan yang bermakna itu, kita harus meletakkan peribadi ini terlebih dahulu di dalam kehidupan kita. Peribadi itu adalah Yesus Kristus. Hal ini kerana, jika kita sudah meletakkan Dia di hati dan hidup kita barulah kita akan dapat mengecapi kehidupan yang bermakna itu. 


Kehidupan bermakna adalah kehidupan yang sudah dibaharui oleh Kristus yang merupakan pusat hidup kita dimana kita membangunkan prinsip-prinsip yang benar di hidup kita sebagai anak muda. Disini ada beberapa prinsip hidup yang bermakna yang harus kita bangunkan di dalam kehidupan kita. 


Prinsip 1: Hidup ini misteri, harus berintegrasi dengan Kristus. 

Hidup yang berserah penuh kepada Kristus. Di dalam Galatia 2: 19-20 menyatakan bahawa hidup ini bukan kita lagi melainkan Kristus yang hidup di dalam kita. Selama kita masih diberi kesempatan untuk hidup, mari kita terus berintegrasi dengan Kristus dan menghasilkan buah. 


Prinsip 2: Hidup ini sebuah perlumbaan, haruslah fokus

Filipi 3:13 meneguhkan kita supaya kita melupakan apa yang dibelakang dan mengarahkan diri kepada apa yang di depan. Kita harus belajar untuk mengarahkan fokus kita ke hadapan. Untuk memenangai perlumbaan itu, pandangan kita harus fokus supaya kita mempunyai visi yang tajam dan kuat di hidup kita. Jangan terintimidasi dengan masa lalu kita tetapi fokuslah kepada pusat hidup kita, iaitu Yesus Kristus. 


Prinsip 3: Hidup ini sebuah kesempatan, jangan sia-siakan

Jika kita masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini, bererti tugasan kita belum lagi selesai. Sekecil atau sebesar manapun assignment yang Tuhan berikan, ambillah itu sebagai satu kesempatan.  Rebutlah setiap kesempatan-kesempatan yang Tuhan berikan di hidup kita dan lakukan dengan setia. 


Prinsip 4: Hidup ini sebuah perjuangan yang harus dimenangkan

Roma 12:11-12 harus menjadi kekuatan kepada kita sebagai anak muda. Semangat kita janganlah menjadi kendor tetapi tetaplah melayani dengan roh yang menyala-nyala. Setiap kita ada musim-musimnya sendiri. Ada musim kekeringan, sukacita, ujian dan banyak lagi musim-musim yang Tuhan izinkan tetapi tetaplah perjuangkan hidup kita dengan terus memiliki api yang terus menyala di hati kita untuk Tuhan. Jangan pernah membiarkan api itu malap. 


Anak muda, marilah kita belajar untuk membangunkan kehidupan yang bermakna bersama Tuhan!! Tuhan Yesus memberkati. 


Oleh Teresamay, 2024



bottom of page