top of page

Mengembalikan Fikiran Kristus dalam Hidup Kita


Renungan:

(1 Korintus 2:16) Sebab "Siapakah yang mengetahui pikiran Tuhan, sehingga ia dapat menasihati Dia?" Tetapi kami memiliki pikiran Kristus.


(Roma 12:2) Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna.


Fikiran kita haruslah memuliakan Tuhan senantiasa dan jangan memberi ruang kepada iblis untuk menipu pemikiran kita sehinggakan kita tidak bergantung kepada Tuhan lagi. Orang percaya harus sedar bahwa ada peperangan roh yang terjadi dan kuasa jahat cuba menawan pemikiran umat-Nya. Oleh itu penting bagi kita mengenakan perlengkap senjata Yahweh - Efe 6:13-17 -. Maka, sedarlah orang percaya untuk memiliki pemikiran Kristus dan tidak angkuh sehingga merasa si paling berhikmat sehingga mengambil alih peranan Tuhan dalam hidup.


Fikiran tubuh kristus adalah pemikiran yang murni dan jauh sekali daripada kesombongan, kecongakan, tingkah laku jahat, dan tipu muslihat. Apabila pemikiran kita jauh daripada kejahatan maka itu menunjukkan kita Takut akan Tuhan. Selain itu, penting untuk kita sedar bahwa kini generasi muda semakin dicemari dengan tarikan dunia sehingga apa yang bertentangan dengan Firman-Nya malah dibenarkan di masayarakat sekarang. Ini adalah cabaran gereja untuk menyelamatkan generasi muda daripada terpesong.


Kenapa penting bagi kita merubah pemikiran kita untuk terus mengandalkan Tuhan dan memuliakanNya? Ini kerana melalui pemikiran kita, dapat terbina benteng-benteng/tembok-tembok yang dapat menghalang kita daripada melihat kemuliaan Tuhan dan memandang Pengharapan kita. Oleh itu, marilah kita merobohkan tembok yang menutup mata fikiran kita untuk berharap kepada Juruselamat kita!


Kita mungkin sahaja berada dalam pencobaan yang melemahkan kita namun marilah kita mengenakan fikiran Kristus dalam hidup kita untuk mengatasi segala pencobaan kerana fikiran Kristus adalah fikiran yang berkemenangan dan mengalahkan ketakutan, kepahitan, perasaan bersalah dan penipuan.


REFLEKSI

  • Bagaimanakah keadaan fikiran kita sekarang? Adakah fikiran manusiawi atau fikiran Kristus?

  • Kita diingatkan untuk tidak menjadi serupa dengan dunia ini dan berubah oleh pembaharuan budi kita. Adakah anda bersedia melalui proses perubahan pembaharuan budi?


Tubuh kita adalah bait suci Allah. Datanglah kepada-Nya dalam kebenaran.


Bahan Doa:


  1. Berdoa agar Tuhan melepaskan anda daripada ikatan kesombongan, kecongkakan, kejahatan, tipu muslihat, ketakutan, keganasan, iri hati, cemburi, kemarahan. Dan minta pimpinan Roh Kudus untuk menunjukkan bahagian mana lagi yang perlu perlepasan.

  2. Berdoa bagi tubuh Kristus agar mereka rajin menjaga pemikiran Kristus dalam hidup dan mengistiharkan Tuhan memberikan pembaharuan budi yang sihat bagi anda dan teman anda.

  3. Berdoa melepaskan berkat-berkat ke atas generasi muda dan dalam komuniti lokal. Berkat hikmat, kesihatan, perlindungan, kejujuran. etc.


Istiharkan firman Tuhan (2 tim 1:17) - Sebab Allah memberikan kepada kita bukan roh ketakutan, melainkan roh yang membangkitkan kekuatan, kasih dan ketertiban.


Tuhan Memberkati!


Enedy



Коментарі


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page