top of page

Mengenal Tuhan Mendorong Kita Terbuka Kepadanya


Pada pemulaan mazmur ini, pemazmur berkata kepada kita bahawa Tuhan telah menyelami hati dan mengenalnya. Dia juga Tuhan yang mengetahui segala perbuatan, memahami fikiran, Dia juga melihat dirinya sama ada dia sedang bekerja ataupun berehat dan sebagainya.


Namun dalam ayat terakhir pemazmur berkata “...Selidikilah aku, ya Allah, dan selamilah hatiku; ujilah aku dan ketahuilah fikiranku. Periksalah hatiku sama ada terdapat kejahatan dalam diriku, dan pimpinlah aku ke jalan yang abadi........” Mazmur 139:23-24


Oleh kerana mengenal segala perkara dalam hidup manusia maka pemazmur memohon kepada Tuhan untuk menyelidiki, memeriksa dan menyelami hatinya dengan menguji dirinya sama ada terdapat kejahatan didalam dirinya, sebab Dia Tuhan yang tahu akan fikiran dan hatinya.


Hal ini mengatakan sikap pemazmur yang yakin dengan siapa Tuhan yang dia sembah, sebab hanya orang yang rendah hati sahaja yang siap untuk meluahkan dirinya dihadapan Tuhan dengan berkata “..selidiki, periksa dan selami hati saya dan ujilah saya.


Sebagai peribadi yang sesungguhnya mengenal siapa Tuhan dalam hidupnya telah mendorong pemazmur untuk memohon agar Tuhan membiming hidupnya. Sebab Dia tahu bahawa didalam bimibingan Tuhan hidupnya pasti aman dan selamat.

Bagaimana dengan diri kita pada hari ini apakah kita sesungguhnya mengenal siapa Tuhan itu didalam hidup kita secara peribadi?


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana kehadiran Mu saya dapat menikmati perkara-perkara yang besar dalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page