top of page

Mereka Mesti Bersyukur Kepada TUHAN


“... Mereka mesti bersyukur kepada TUHAN untuk kasih-Nya yang kekal, untuk perbuatan menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka..” Mazmur 107:8


Dalam mazmur ini, pemazmur mengulangi perkataan “..mereka mesti bersyukur kepada TUHAN untuk kasih-Nya yang kekal, untuk perbuatan menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka..” sebanyak 4 kali (8, 15, 21, 31) didalam bab ini.

Pemazmur mempeingatkan agar umat Tuhan terus menerus bersyukur kepada Tuhan oleh karena kasih setia-Nya ke atas kehidupan mereka dan juga ke atas perbuatan-perbuatan-Nya yang ajaib terhadap diri mereka.


Dimana Tuhan memuaskan jiwa mereka yang dahaga, dan yang lapar dengan segala kebaikan-Nya. Dimana ada orang yang duduk di dalam kegelapan dan kelam, terkurung dalam sengsara dan besi. Oleh kerana pemberontakan mereka terhadap perintah Tuhan dan menolak arahan Tuhan Yang Maha Kuasa.


Namun sewaktu mereka dalam kesusahan atau kesesakan lalu mereka datang kepada Tuhan dan berseru kepada-Nya, Dia maha pengasih akan mendengar seruan mereka dan menyelamatkan mereka daripada kecemasan mereka.


Oleh kerana perbuatan-Nya yang sangat ajiab didalam hidup mereka maka Tuhan mahu mereka supaya terus bersyukur kepada-Nya. Sebab hal ini berkata kepada mereka bahawa tanpa Tuhan hidup mereka akan binasa, oleh kerana Tuhan hidup mereka selamat.


Dengan itu didalam kita memulaikan tahun ini, marilah kita terus melihat kepada Tuhan untuk mendapatkan pertolongan, sebab dalam perjalanan hidup kita pada tahun ini, pasti banyak hal yang kita akan hadapi, namun didalam Dia pasti kita dapat mengatasi segala perkara (Filipi 4:13)


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbingan daripadaMu ke atas hidup saya, sewaktu saya memulaikan tahun yang baru ini, saya percaya dengan penyertaanMu saya dapat mengatasi segala perkara, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Related Posts

See All

Dia Tuhan Yang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b Oleh kerana mereka t

Comments


bottom of page