top of page

Mintalah apa yang kita Perlukan daripada Allah

‘Berilah kami makanan setiap hari;’  Lukas 11:3 AVB

 

Setelah Tuhan Yesus mengajar para murid-Nya memulakan doa mereka dengan pujian kepada Allah sebagai Bapa mereka yang harus dihormati sebagai Allah yang kudus, khususnya sebagai yang paling suci, paling bernilai dan paling mulia dalam hidup semua orang.

 

Yesus seterusnya mengajar murid-murid-Nya untuk memohon kepada Bapa agar memberi mereka makanan yang secukupnya setiap hari. Hal ini memberitahu kita bahawa keperluan jasmani kita merupakan sesuatu yang sangat penting untuk dipenuhi. Mereka hendaklah bergantung sepenuhnya kepada Allah untuk memenuhi semua keperluan  mereka.

 

Oleh itu, murid-murid-Nya diajar  meminta daripada Bapa untuk menyediakan segala keperluan jasmani mereka setiap hari. Dengan kata lain, segala keperluan harian mereka ini dapat dipuaskan melalui  pemeliharaan Allah dan usaha manusia.

 

Sebenarnya, Tuhan Yesus ingin memberitahu para murid-Nya bahawa keperluan jasmani mereka tidak dipandang ringan oleh Allah Bapa kerana sewaktu Yesus mengajar mereka berdoa, perkara kedua yang dikemukakan oleh-Nya adalah untuk meminta Allah memenuhi keperluan jasmani mereka.

 

Janganlah lupa untuk meminta  Bapa yang di syurga memenuhi keperluan jasmani kita, tetapi pada masa yang sama kita sendiri juga perlu berusaha untuk memperolehnya. Allah akan menghujani kita dengan roti dari langit” tetapi kita harus keluar untuk memungut secukupnya. 

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku memanjatkan kesyukuran kerana Engkau Allah yang sentiasa memenuhi segala keperluan  jasmaniku. Apabila aku datang kepada-Mu dan meminta daripada-Mu, Engkau yang pengasih dan pemurah akan memenuhi segala yang aku perlukan. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page