top of page

Oleh Kerana Anugerah-Nya, Kita Diamanahkan dengan Tugas Itu

  • Jul 9
  • 2 min read

“…Tentu kamu telah mendengar, bahawa aku diberi tugas melaksanakan kasih kurnia Allah untukmu.”Efesus 3:2 (AVB)


Paulus memberitahu jemaat di Efesus bahawa mereka sudah pasti mendengar bahawa Allah telah memberinya tugas untuk melaksanakan kasih kurnia Allah bagi mereka. Hal itu juga termasuk berita yang dinyatakan sendiri oleh Allah kepadanya ketika Allah memberitahukan rahsia-Nya kepadanya.


Oleh itu, dia menulis surat ini secara ringkas kepada jemaat di Efesus supaya mereka membacanya, lalu mengetahui dan memahami rahsia tentang Kristus Yesus, Tuhan kita, sebagaimana dia juga memahaminya.


Paulus ingin memberitahu jemaat di Efesus bahawa oleh kerana kasih kurnia Allah, dia telah diberi tugas oleh Tuhan. Dia sedar bahawa dia menerima tugas ini bukan kerana dia lebih baik daripada mereka, iaitu jemaat di Efesus, tetapi semuanya kerana kasih kurnia Allah kepada dirinya.


Dengan itu, dia mahu agar mereka dapat memahami rahsia tentang Kristus Yesus, Tuhan kita, sebagaimana dia juga memahaminya. Itulah sebabnya Allah menugaskan dirinya untuk menyampaikan berita bahawa di dalam Kristus, tidak ada lagi perbezaan di antara mereka, sebab Tuhan Yesus telah merobohkan segala permusuhan dan perbezaan yang ada. Oleh itu, sekarang mereka adalah sama di hadapan Tuhan.


Demikian juga dengan diri kita. Tugas yang kita miliki pada hari ini adalah kasih kurnia Allah kepada kita. Oleh itu, kita harus menggunakan dan menjalankan tugas yang kita terima ini dengan sebaik-baiknya supaya orang lain diberkati sepanjang hidup kita.


Paulus mengingatkan dirinya bahawa Tuhan mengamanahkan tugas yang dia miliki pada hari ini kerana kasih kurnia-Nya.


Doa: Tuhan Yesus, terima kasih kerana mengamanahkan aku dengan tugas ini. Aku mengakui bahawa aku sebenarnya tidak layak, namun kerana kasih kurnia-Mu, aku dipercayakan oleh-Mu dengan tugas ini. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.

 

Pr Patrick Taie

3 Comments


Jim Davis
8 hours ago

I found these news and updates while searching for a reliable summary. The article explained the key events without adding irrelevant details. I appreciated the chronological structure and simple language. The author also provided helpful background information. The conclusion made the main points easy to review. I will certainly return for more updates.

Like

Dave Thompson
9 hours ago

The featured blog posts show that the website values quality and practical usefulness. This article provided a strong overview while still offering several detailed insights. I appreciated how the author addressed common misunderstandings. The language remained accessible throughout the post. That made the information suitable for a broad audience. I hope more content of this standard will be added.

Like

Steven Black
9 hours ago

This piece did a great job of anticipating questions readers might have while working through the advice given. The author addressed potential sticking points directly, rather than leaving readers to figure things out alone. That foresight made the practical insights here feel more complete than similar guidance elsewhere. Thanks for such a thoughtfully anticipatory and helpful piece.

Like
bottom of page