top of page

Orang yang Berbahagia


Pemazmur berkata kepada kita bahawa orang yang hidup tanpa cela, hidup menurut Taurat Tuhan, dan mentaati-Nya dengan sepenuh hatinya adalah orang yang berbahagia. Mereka adalah orang-orang yang sungguh-sungguh diberkati.


Oleh itu, untuk menjadi seorang yang berbahagia dalam hidup ini, seseorang itu perlu menjalani kehidupan yang murni dan mengikuti ajaran Tuhan setiap waktu. Maka kebahagiaan yang datang daripada Tuhan akan dinikmati olehnya dalam kehidupannya. Sebab kunci kebahagian datang dari hidup berkenan di hadapan Tuhan.


Dengar apa yang pemazmur katakan kepada kita, "...orang yang hidup tanpa cela, dan hidup menurut Taurat TUHAN adalah orang yang berbahagia. Mereka dipanggil berbahagia kerana hidup menurut perintah-Nya, dan mentaati Dia dengan sepenuh hati..." (Mazmur 119:1-2)


Oleh itu, hidup yang berbahagia adalah pilihan, dan kita semua layak untuk memperoleh kehidupan yang berbahagia dalam kehidupan ini sekiranya kita rela untuk menjalani kehidupan yang suci dan menaati semua hukum-hukum Tuhan.


Pertanyaan untuk kita, apakah anda mahu menikmati kehidupan yang berbahagia hari ini? Sekiranya anda mahu, mari jalani kehidupan yang tidak bercela dan taat kepada hukum-hukum-Nya, dan ikutilah perintah-Nya dengan segenap hati kita. Maka kebahagiaan yang datang dari Tuhan pasti akan kita nikmati.


Doa: Bapa yang di surga, ajarilah saya untuk menjalani kehidupan yang berkenan kepada-Mu setiap hari, tuntunlah jalan saya, Tuhan, agar saya dapat menikmati kebahagiaan yang datang daripada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

コメント


bottom of page