top of page

Orang yang Diberkati Menurut Yesus

Jul 10, 2025
1 min read

Tetapi Yesus berkata, “Bahkan lebih diberkati lagi orang yang mendengar firman Allah dan mematuhinya.” Lukas 11:28 AVB

 

Yesus  telah menjelaskan kepada orang ramai  apa yang akan terjadi sekiranya seseorang yang telah dibebaskan daripada roh  jahat  tidak memenuhi dirinya dengan kebenaran firman Allah. Sebab roh jahat itu akan menjelajahi kawasan yang tandus untuk mencari tempat berehat. Sekiranya tempat itu tidak ditemukannya, roh itu akan pulang ke rumah yang telah ditinggalkannya. Apabila roh itu pulang dan mendapati rumah itu bersih dan kemas, ia akan pergi memanggil tujuh roh lain yang lebih durjana daripadanya. Semuanya memasuki tubuh orang itu dan menetap di situ. Akhirnya, keadaan orang itu lebih teruk daripada dahulu.

 

Setelah Yesus selesai bercakap, seorang perempuan antara orang ramai itu berkata, “Diberkatilah perempuan yang melahirkan dan menyusui Engkau (Yesus).” Akan tetapi, Yesus memberitahu orang ramai yang ada di situ, “Bahkan lebih diberkati lagi orang yang mendengar firman Allah dan mematuhinya.”

 

Sebenarnya perempuan itu memang memiliki hati yang baik dan tulus sewaktu dia beranggapan  bahawa perempuan yang melahirkan Yesus dan yang menyusui-Nya merupakan orang yang sangat berbahagia atau diberkati.

 

Walaupun seruan perempuan itu daripada hati yang baik dan ikhlas, tetapi Yesus menolak anggapan itu kerana menurut-Nya, hubungan yang istimewa bukanlah berdasar pada hubungan darah atau banyak menyaksikan mukjizat atau mengalami tanda ajaib. Apa yang diperkenan Allah ialah seseorang yang mendengar firman-Nya lalu mentaatinya.  Orang sedemikianlah yang dikatakan berbahagia dan diberkati. 

 

Dengan itu, orang yang berbahagia dan diberkati menurut Yesus ialah orang yang rajin mendengar, merenung, memelihara, dan mematuhi firman Allah kerana melalui cara inilah kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Selain itu, kebahagiaan yang sejati dikecapi apabila kita menjadi pelaku firman Allah yang taat setia.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk mengutamakan hubungan peribadiku dengan-Mu  dalam segala perkara yang aku lakukan. Inilah aku. Pakailah hidupku  demi memuliakan nama-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Related Posts

See All
Hiduplah sebagai Umat Tuhan

“Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih.” Efesus 5:3 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Efe

 
 
 
Kita ialah Umat Allah

“ Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih.” Efesus 5:3 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Ef

 
 
 
Hidup Kita Harus Dijiwai oleh Kasih

“Hiduplah dalam kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita dan menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah.” Efesus 5:2 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Efes

 
 
 

Comments


bottom of page