top of page

Orang yang Terdekat dengan Tuhan Yesus


'Yesus menjawab kepada mereka, “Ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku ialah mereka yang mendengar firman Allah dan melaksanakannya.” ' (Lukas 8:21) AVB


Sewaktu Yesus sedang berkata-kata kepada orang ramai, ibu dan saudara-saudara-Nya datang untuk bercakao dengan-Nya. Namun, disebabkan orang ramai yang mengerumuni Yesus, mereka tidak dapat mendekati-Nya dan terpaksa berdiri di luar.


Salah seorang yang mendengar Yesus mengajar ketika itu memberitahu-Nya bahawa “…ibu dan saudara-saudara-Nya sedang berada di luar dan ingin berjumpa dengan-Nya.” Mendengar hal itu, Yesus menjawab bahawa “…ibu-Nya dan saudara-saudara-Nya ialah mereka yang mendengar firman Allah dan melaksanakannya.”


Hal ini bukan bermaksud Yesus tidak mengasihi ibu dan saudara-saudara-Nya, tetapi Yesus ingin menegaskan bahawa sesiapa yang mendengar dan mentaati firman Allah adalah orang yang paling dekat dengan-Nya. Bagi Yesus, melakukan kehendak Allah adalah keutamaan tertinggi.


Oleh itu, untuk menjadi orang yang terdekat kepada Tuhan Yesus, kita mestilah menjadi orang yang mendengarkan firman Allah dan mentaatinya. Adakah anda salah seorang yang terdekat kepada Tuhan Yesus hari ini?


Marilah kita menjadikan diri kita orang yang setia mendengar dan melakukan firman Allah setiap hari.


Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon pengampunan sekiranya aku belum menjadi peribadi yang setia mendengar dan melakukan firman-Mu. Ampuni aku, dan ubahkanlah aku agar menjadi seorang yang sentiasa dekat dengan-Mu sepanjang hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Yorumlar


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page