top of page

Pemazmur Meletakkan Harapannya Pada Tuhan


Mazmur ini menceritakan tentang doa pemazmur sewaktu dia berada di dalam gua, sewaktu dia sedang di buru oleh Saul. Dia meletakkan seluruh harapan hidupnya hanyap kepada Tuhan untuk melindungi dan memelihara hidupnya.

Dia tahu bahawa hanya peribadi yang dapat melindungi dan memelihara hidupnya daripada segala ramcangan dan jerat para musuhnya hanyalah Tuhan. Itulah sebabnya dia meluahkan seluruh hatinya hanya kepada Tuhan untuk melindungi dan memelihara hidupnya daripada musuh yang cuba menjerat untuk memusnahkan dirinya.


Pemazmur berdoa kepada Tuhan dengan berkata “...Ya TUHAN, lindungilah aku daripada kuasa orang jahat; peliharalah aku daripada pengganas yang merancang untuk menjatuhkan aku.....” Mazmur 140:5


Bagaimana dengan diri kita, sewaktu kita sedang menghadapi rancangan jahat orang-orang yang membenci kita? Apakah tindakan kita? Apakah kita mengambil langkah seperti yang dilakukan oleh pemazmur saat ini? Dimana kita datang kepada Tuhan untuk memohon pertolongan dan perlindungan.


Ingat setiap orang yang bersandar pada Tuhan akan dilindungi dan dipelihara oleh Tuhan daripada segala rancangan jahat orang. Oleh itu kita tidak perlu bertindak seperti sikap mereka tetapi kita datang kepada Tuhan dan berserah kepadaNya untuk pertolong, biarlah Tuhan yang bertindak bagi pihak kita.


Orang meletakkan seluruh pergantungannya pada Tuhan pasti akan aman dan damai, sebab Tuhan yang bertindak bagi pihaknya. Dengan itu jangan takut dengan ancaman dan rancangan jahat orang terhadap kita. Tuhan pasti melindungi dan memelihara kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan berterima kasih kepadaMu kerana sentiasa melindungi dan memelihara hidup saya, oleh itu saya berserah kepadaMu untuk pertolongan. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page