top of page

Pemberian Yang Menyenangkan Hati Tuhan

ree

“…Yesus berkata, ‘Ketahuilah, balu ini memberikan persembahan yang lebih besar nilainya daripada semua orang lain.’...” Lukas 21:3


Ketika Yesus berada di tempat duduk di dalam Rumah Tuhan, Dia memperhatikan orang-orang kaya yang sedang memasukkan wang persembahan mereka ke dalam kotak persembahan. Ketika Yesus melihat di sekeliling-Nya, Dia melihat orang kaya memberi persembahan mereka ke dalam peti persembahan.


Kemudian Yesus melihat seorang janda yang miskin memberikan dua keping wang logamnya yang sangat rendah nilainya ke dalam peti persembahan. Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya bahawa “…janda yang miskin ini memberi persembahan yang lebih besar nilainya daripada semua orang lain.”


Sebab janda yang miskin ini memberi semua yang dia miliki kepada Tuhan sehingga dia tidak mempunyai apa-apa lagi untuk membeli makanan. Manakala orang lain memberi persembahan daripada kelebihan kekayaan yang mereka miliki.


Oleh itu marilah kita memberi pemberian kita kepada Tuhan dengan murah hati dan rela tanpa paksaan. Pemberian yang menyenangkan hati Tuhan bukanlah bergantung pada jumlah yang kita beri, besar atau kecil, tetapi harus datang daripada hati yang jujur dan rela.


Dengan itu marilah kita memberi kepada Tuhan dengan pemberian yang terbaik…


Doa: Tuhan, ajarlah aku untuk memberi persembahan dengan hati yang murah hati dan rela, sebab semua yang aku miliki adalah kepunyaan-Mu. Dengan itu aku menyerahkan seluruh hidup aku kepada-Mu. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page