Perbuatan Masa Lalu Dapat Menghantui Kita
- Komuniti Digital 05
- 12 minutes ago
- 1 min read

Herodes, raja wilayah, mendengar segala perkara yang berlaku. Dia keliru kerana ada yang mengatakan bahawa Yohanes telah dibangkitkan daripada kematian, .... Lukas 9:7 AVB
Ketika Raja Herodes terdengar berita tentang semua mukjizat dan keajaiban yang dilakukan oleh Yesus dalam pelayanan-Nya, maka hati Herodes menjadi sangat keliru dan gelisah. Sebab terdapat beberapa orang yang berkata bahawa Yohanes Pembaptis sudah hidup kembali daripada kematian, tetapi sekarang dia menyebut dirinya Yesus.
Oleh itu, fikiran Herodes mulai terganggu kerana dialah raja yang memerintah pengawal penjara untuk memancung kepala Yohanes. Apabila dia mendengar orang berkata bahawa “Yesus” ialah Yohanes Pembaptis yang hidup kembali, fikiran Herodes terus bergelora dan berkecamuk diasak dengan pelbagai persoalan.
Hal ini jelas memberitahu kita bahawa perkara masa lalu (perbuatan jahat) pasti akan menghantui fikiran dan juga perasaan kita pada satu hari nanti. Itulah sebabnya kita harus menjalani hidup yang sentiasa memuliakan nama Tuhan agar pada masa akan datang hal yang kita lakukan hari ini tidak akan mengganggu hati nurani kita, apalagi sekiranya kita belum bertaubat.
Datanglah kepada Tuhan untuk memohon pengampunan daripada dosa kita agar kita tidak terganggu dengan apa yang telah kita lakukan pada masa lalu. Seperti Herodes yang telah mengeluarkan perintah agar kepala Yohanes dipancung.
Doa:
Ya Bapa yang di syurga, aku datang memohon pengampunan daripada-Mu. Sekiranya aku telah melakukan perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati-Mu, sucikan dan bersihkanlah aku agar aku layak menghadap-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comentarios