top of page

Perkayakan Diri dengan Perkara-Perkara yang Dikehendaki Tuhan

ree

“Demikianlah halnya orang yang menyimpan harta benda untuk dirinya tetapi tidak kaya pada pandangan Allah.” (Lukas 12:21) AVB


Yesus mengakhiri perumpamaan-Nya dengan berkata bahawa “Demikianlah halnya orang yang menyimpan harta benda untuk dirinya tetapi tidak kaya pada pandangan Allah.”


Oleh itu, seseorang yang mengutamakan pengumpulan harta dunia dianggap sebagai orang yang bodoh di hadapan Tuhan, kerana bagi Tuhan, mengumpul dan menyimpan harta dunia tidak menjadikan seseorang itu kaya di sisi-Nya. Sebaliknya, seseorang itu harus berusaha mengumpulkan harta yang kekal di syurga.


Oleh itu, untuk menjadikan seseorang itu kaya di hadapan Tuhan, dia harus menjadikan keutamaannya untuk memperkaya dirinya dengan perkara-perkara yang kekal dan berkenan di hati Tuhan, bukannya mengutamakan pengumpulan harta untuk dirinya sendiri, bagi tubuhnya, atau bagi dunia ini.


Marilah kita memperkayakan diri kita dengan perkara-perkara yang dikehendaki oleh Tuhan, iaitu:

1. MEMPERKAYAKAN DIRI DALAM IMAN

2. MEMPERKAYAKAN DIRI DENGAN KEBAJIKAN

3. MEMPERKAYAKAN DIRI DENGAN BUAH-BUAH KEBENARAN

4. MEMPERKAYAKAN DIRI DENGAN ANUGERAH TUHAN

5. MEMPERKAYAKAN DIRI DENGAN KARUNIA-KARUNIA ROHANI


'Cinta akan wang punca segala kejahatan. Sesetengah orang memburu wang dengan begitu tamaknya sampaikan tersesat daripada iman dan akhirnya menanggung berbagai-bagai kesengsaraan jiwa. ' (1 Timotius 6:10) AVB


Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk memperkaya diriku dengan iman, kebajikan, buah-buah kebenaran, dengan anugerah-Mu dan dengan karunia-karunia rohani sepanjang hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page