Lalu, Maria berkata kepada malaikat itu, "Bagaimana hal ini akan terjadi sedangkan aku belum bersuami?.....” Lukas 1:34
Maria merasa terkejut dengan berita yang disampaikan oleh malaikat Tuhan kepada dirinya bahawa dia akan mengandung. Sebab pada saat ini dia adalah seorang yang mudan dan perawan. Dia telah bertunang dengan Yusuf.
Sebab pada waktu dia menerima berita daripada malaikat Tuhan itu, dia sudah bertunang dengan Yusuf, menjadi mengandung sebelum berkahwin mereupakan hal yang sangat memalukan dan boleh jadi dihukum rejam menurut hukum musa.
Menerima berita yang sedemikian bukanlah mudah dan senang untuk diterima sebab banyak faktor yang perlu difikirkan. ”…sebab, pemikiran-pemikiran Tuhan bukanlah pemikiran-pemikiran kita, dan jalan-jalan kita bukanlah jalan-jalan Tuhan….” Yesaya 55:8
Oleh itu harus berfikir didalam jalur pemikiran Tuhan, bukan dalam jalur pemikiran manusia sebab setiap yang Tuhan lakukan didalam hidup kita diluar apa yang kita boleh fahami dan mengerti. Itulah sebabnya kita harus berfikir dalam jalur kebenaran Tuhan agar kita tidak terkeluar daripada jalan Tuhan bagi hidup kita.
Dengan itu marilah kita “..berfikir diluar kotak..” dalam menjalani pelayanan Tuhan dalam hidup ini agar kita tidak akan terkeluar daripada mengalami pekerjaanNya. Sebab apa yang Tuhan lakukan dalam hidup kita sesungguhnya luar daripada apa yang kita boleh fahami.
Dengan itu biarlah Roh Tuhan menguasai dan membimbing hidup kita agar kita dapat mengerti apa yang Tuhan sedang lakukan dalam hidup kita…sebab Tuhan mencipta duania ini daripada tiada menjadi ada.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbinganMu dalam perjalanan hidup saya, sebab banyak perkara yang terjadi didalam hidup saya, saya tida menerti, namun dengan pertolonganMu saya mulai mengerti. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments