Rasa Ingin Tahu Herodes yang Meleset Terhadap Yesus
- 1 hour ago
- 2 min read

Apabila Herodes melihat Yesus, dia sangat gembira. Sudah lama dia hendak bertemu dengan Yesus kerana dia telah mendengar banyak hal tentang Yesus. Lagipun, dia berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat. Lukas 23:8 AVB
Â
Setelah Tuhan Yesus disoal siasat oleh Pilatus, dia berkata kepada ketua-ketua imam dan orang ramai itu bahawa dia tidak mendapati Yesus bersalah. Akan tetapi, mereka semakin mendesak bahawa Yesus menghasut orang di seluruh Yudea supaya memberontak dengan ajaran-Nya. Yesus memulakannya di Galilea sehingga ke Yudea.Â
Â
Setelah Pilatus mendengar hal itu, dia bertanya sama ada Yesus seorang Galilea. Ketika Pilatus mengetahui Yesus berasal dari jajahan pemerintahan Herodes, dia menyuruh supaya Yesus dibawa kepada Herodes kerana pada masa itu Herodes ada di kota Yerusalem. Apabila Herodes melihat Yesus, dia sangat gembira. Sudah lama dia hendak bertemu dengan Yesus kerana dia telah mendengar banyak hal tentang Yesus. Lagipun, dia berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat.
Â
Sebelum itu, Herodes telah mendengar segala perkara yang dilakukan oleh Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya di serata Galilea. Oleh yang demikian, Herodes mencari jalan untuk menemui Yesus agar dia dapat memuaskan rasa ingin tahunya, iaitu melihat Yesus melakukan suatu keajaiban. Sebab sudah lama dia telah mendengar banyak cerita daripada orang ramai tentang mukjizat-mukjizat yang telah dilakukan Yesus. Semua itu telah menjadi buah bibir orang ramai di daerah itu.
Â
Sebenarnya, Herodes cuma buat-buat gembira untuk bertemu dengan Yesus. Keinginan hatinya bukan didorong atas sebab dia mahu mendengar ajaran-Nya untuk bertaubat daripada segala dosanya, tetapi keinginannya hanya untuk melihat pertunjukan mukjizat dan tanda-tanda ajaib daripada Yesus sebagai hiburan. Herodes tidak bertujuan untuk mengenal kebenaran dan menaruh kepercayaan kepada Yesus melainkan memuaskan rasa ingin tahunya.
Â
Bagaimanakah dengan diri kita? Apakah keinginan hati kita untuk bertemu dengan Tuhan Yesus pada hari ini? Adakah kita mahu menyaksikan mukjizat-mukjizat sahaja? Marilah kita menyelidiki hati kita secara jujur agar kerinduan hati kita untuk bertemu dengan Yesus adalah betul dan diperkenan oleh-Nya. Kita mahu beriman kepada-Nya, menyerahkan hidup kita ke dalam tangan-Nya dan rela dipakai oleh-Nya demi memuliakan-Nya.
Â
Doa:
Ya Tuhan Yesus, aku datang memohon agar Tuhan menyucikan hatiku daripada segala-gala yang tidak baik dan tidak diperkenan oleh-Mu. Biarlah aku hidup tulus dan mengamalkan kebenaran serta berkata benar dalam hatiku. Dalam nama-Mu yang suci aku berdoa. Amin.Â
Pr Patrick Taie
