top of page

Saat Kita Terima Yesus, Saat Itu Kita Terima Keselamatan

ree

'Yesus berkata kepadanya, “Pada hari ini juga penyelamatan telah datang kepada seisi rumah ini kerana kamu juga seorang keturunan Abraham. ' (Lukas 19:9) AVB


Sewaktu Zakheus membuat pengakuannya secara peribadi di hadapan Yesus, dengan serta-merta Yesus berkata kepadanya bahawa “Pada hari ini juga penyelamatan telah datang kepada seisi rumah ini kerana kamu juga seorang keturunan Abraham."


Keselamatan yang datang daripada Tuhan Yesus tidak memerlukan tempoh masa yang panjang untuk kita menerimanya. Namun ia akan terjadi saat kita mengakui dan menerima Yesus ke dalam hidup kita secara peribadi.


Oleh kerana Zakheus telah mengundang Tuhan Yesus masuk ke dalam rumahnya dan mengakui semua perbuatannya, hari itu juga terjadi keselamatan kepada dirinya secara peribadi dan kepada keluarganya. Demikian juga dengan diri kita pada hari ini—pertobatan kita secara peribadi akan menyebabkan kita diselamatkan daripada dosa-dosa kita, daripada rasa bersalah akibat dosa tersebut, dan daripada kuasa dosa.


Segala manfaat keselamatan menjadi miliknya. Kristus telah datang ke rumahnya, dan ke mana pun Kristus datang, Dia membawa keselamatan bersama-Nya. Dia adalah dan akan selalu menjadi Sumber keselamatan kekal bagi semua yang mengakui-Nya, seperti yang dilakukan Zakheus. Namun semua ini belumlah cukup. Hari itu telah terjadi keselamatan kepada rumah ini. Dia sekarang telah berpaling daripada dosa kepada Allah.


Doa: Tuhan, terima kasih kerana menerima aku sebagaimana adanya diriku. Aku mengakui bahawa aku adalah orang yang berdosa, namun Engkau menerima dan mengampuni aku. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page