
Yohanes 15:9-12 "Seperti Bapa telah mengasihi Aku, demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu.
Jikalau kamu menuruti perintah-Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku, seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya.
Semuanya itu Kukatakan kepadamu, supaya sukacita-Ku ada di dalam kamu dan sukacitamu menjadi penuh.
Inilah perintah-Ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu.
Mengasihi antara satu dengan yang lain adalah satu hal yang penting dalam kehidupan orang percaya. Tanpa kasih tidak mungkin kita dapat menjalani kehidupan, pekerjaan dan pelayanan kita dengan baik. Pada masa ini, banyak jenayah dan hal-hal yang tidak baik terjadi di dunia kerana tiada kasih sebagai pegangan dalam hidup yang menyebabkan hidup menjadi porak-peranda.
Pada zaman Tuhan Yesus ada di dunia juga, Tuhan menyeru supaya setiap umat manusia untuk saling mengasihi dan siapa yang menurutiNya akan tinggal di dalam Dia.
Oleh itu, setiap kita yang percaya kepadaNya, jangan pernah jemu menunjukkan kasih kita kepada sesiapa pun. Biar lah kasih Tuhan yang bersama kita mendahului segala sesuatu perkara biar segalanya menjadi berkat kepada orang sekeliling kita.
RENUNGKAN:
1) Renungkan Yohanes 15:12 "Inilah perintah-Ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu." Apakah kita menjalani hidup kita dengan saling mengasihi?
2) Apakan tindakan kita pada masa akan datang untuk mengasihi keluarga, jiran dan saudara-saudara kita yang lain bagi menghidupi ayat Firman Tuhan dalam mengasihi?
PERKARA DOA:
1) Doakan supaya keluarga dekat dan keluarga besar kita dimana pun mereka berada ada di dalam Kasih Tuhan senantiasa.
2) Doakan supaya umat percaya supaya tidak jemu mengasihi antara satu yang lain supaya melalui kasih setiap orang dapat diselamatkan oleh Tuhan Yesus.
3) Doakan diri kita sendiri supaya sentiada mengasihi Tuhan, ibu bapa, jiran dan saudara terdekat maupun terjauh kita supaya kita menjadi terang dan garam dunia.
PP Edward
Comentários