top of page

Sebab Kita Kurang Percaya kepada Yesus


'Yesus berkata kepada mereka, “Di manakah kepercayaanmu?..." (Lukas 8:25) AVB


Pada suatu hari, Yesus mengajak para pengikut-Nya untuk menyeberangi tasik dengan menaiki perahu. Maka mereka pun bertolak bersama-Nya. Namun semasa dalam perjalanan, Yesus tertidur. Ketika itulah tiba-tiba angin ribut melanda tasik dan air mula memenuhi perahu mereka hingga membahayakan keselamatan mereka.


Oleh itu, mereka segera datang kepada Yesus untuk membangunkan-Nya kerana perahu mereka sedang dilanda angin ribut dan ombak yang besar. Mereka berkata, “Tuan, Tuan, kita hampir karam!” Yesus bangun lalu menegur angin dan ombak yang bergelora itu. Ribut itu pun berhenti dan segalanya tenang. ' Selepas itu, 'Yesus berkata kepada mereka, "Mengapakah kamu tidak percaya kepada-Ku" atau “Di manakah kepercayaanmu?"


Mereka telah lama bersama Yesus dan telah menyaksikan segala mukjizat serta pekerjaan luar biasa yang dilakukan-Nya. Namun apabila berhadapan dengan situasi yang sukar dan mencemaskan, mereka masih “kurang percaya”.


Bagaimana pula dengan kita hari ini?

Adakah kita juga masih kurang percaya kepada kuasa Tuhan Yesus untuk menolong kita ketika berhadapan dengan “angin ribut atau ombak kehidupan”?

Adakah ribut kehidupan sedang menggoncang hidup anda?


Percayalah kepada Tuhan Yesus, Dia mampu menolong kita.


Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon bimbingan-Mu agar aku tidak goyah dengan "angin ribut atau ombak kehidupan" yang sedang mengancam hidupku. Kuatkan dan teguhkanku agar aku dapat mengatasinya dengan iman kepada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

コメント


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page