Sebab Tidak Layak bagi Kerajaan Allah
- Komuniti Digital 05
- Jun 1
- 1 min read

Lalu Dia berkata kepada seorang yang lain, “Ikutlah Aku.” Lukas 9:59a AVB
Ketika Yesus melihat seorang lain yang ada di situ, Dia mengajak orang itu untuk mengikut-Nya, iaitu menjadi pengikut-Nya. Bagaimanapun, orang itu menjawab kepada Yesus bahawa dia mahu mengikut-Nya tetapi “izinkanlah dia pulang dahulu untuk menguburkan jenazah bapanya.”
Selepas mendengar alasan orang itu, Yesus pun berkata kepadanya, “Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka; tetapi engkau pergilah mengkhabarkan kerajaan Allah.”
Setelah itu, Yesus melihat seorang lagi. Dia mengajak orang itu untuk mengikut-Nya, tetapi orang itu menjawab pula, “Aku hendak mengikut Tuan, tetapi biarlah aku pergi mengucapkan selamat tinggal kepada kaum keluargaku terlebih dahulu.”
Apabila Yesus mendengar jawapan orang itu, maka Yesus berkata kepada orang itu dengan menggunakan kiasan, “Tiada seorang pun yang mula membajak dan asyik menoleh ke belakang layak bagi kerajaan Allah.”
Setiap orang dipanggil oleh Tuhan Yesus untuk mengikut-Nya, tetapi sesiapa sahaja yang mahu mengikut-Nya serta layak bagi Kerajaan Allah haruslah meninggalkan segala kepentingan peribadi, menyangkal diri dan mengikut Tuhan Yesus dengan seluruh jiwa raga.
Doa:
Ya Tuhan Yesus, aku datang kepada-Mu dan menyerahkan seluruh hidupku kepada-Mu. Aku memohon bimbingan dan pimpinan daripada-Mu. Ajarlah aku untuk melaksanakan pekerjaan-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comments