top of page

Segalanya demi Kemuliaan Tuhan

“Tetapi jangan kamu bersukacita kerana segala roh iblis menurut perintahmu tetapi bersukacitalah kerana namamu tercatat di syurga.” Lukas 10:20 AVB

 

Sewaktu Tuhan Yesus mengutus tujuh puluh dua orang pengikut-Nya, Dia telah memberi mereka kuasa ke atas roh iblis.  Mereka yang diutus oleh Tuhan Yesus dapat melawan dan mengusir segala roh iblis dengan kuasa yang diberikan-Nya kepada mereka. Oleh itu, mereka tidak perlu cemas atau takut menghadapi roh iblis tetapi boleh menggunakan kuasa yang diberikan oleh Yesus untuk menghadapi roh iblis itu.

 

Akan tetapi, Yesus memperingatkan mereka supaya tidak bersukacita semata-mata kerana roh iblis tunduk kepada mereka, tetapi mereka  bersukacita kerana nama mereka tercatat di syurga. Kuasa diberikan kepada mereka agar nama Yesus dipermulia. Itulah sebabnya mereka tidak bersukacita kerana roh-roh iblis menurut perintah mereka.

 

Ringkasnya, mereka harus mengarahkan tumpuan kepada Tuhan Yesus dalam segala-gala yang terjadi  selama mereka melayani-Nya kerana semua mukjizat dan keajaiban berlaku atas kuasa Tuhan Yesus yang diberikan kepada mereka dan bukan atas kekuatan diri mereka sendiri.

 

Dengan kata lain, kita hendaklah ingat bahawa dalam segala yang kita katakan dan lakukan haruslah dengan nama Tuhan Yesus sambil mengucap syukur kepada Allah Bapa melalui Tuhan Yesus. Kolose 3:17 AVB

 

Marilah kita terus memuliakan Tuhan Yesus dalam segala-gala yang terjadi sepanjang pelayanan kita.


Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku berterima kasih kepada-Mu kerana memberi aku kuasa untuk menghadapi segala roh iblis. Dengan kuasa yang Engkau berikan, aku boleh mengatasi semua serangan roh iblis. Ajarlah aku untuk terus memuliakan nama-Mu dalam segala yang terjadi sepanjang pelayananku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comentarios


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page