Semakin Anda Bertumbuh dalam Kristus, Semakin Anda Nampak Kelemahan Dalam Diri Sendiri.
- Komuniti Digital 05
- Jul 30
- 1 min read

Pada mulanya, ia terasa pelik dan mengelirukan.
Bukankah pertumbuhan rohani sepatutnya membawa kepada kesempurnaan?
Bukankah kematangan iman sepatutnya bermaksud kurang pergumulan, bukan lebih banyak? Tetapi… mengapa rasanya seperti disebaliknya?
Sebenarnya—semakin dekat anda berjalan bersama Yesus, semakin jelas anda nampak bahagian dalam diri yang masih memerlukan penyembuhan, penyerahan, dan kasih kurnia.
Kesombongan yang tersembunyi di sebalik "niat yang baik."
Ketakutan yang disamarkan sebagai keinginan mengawal.
Ketidaksabaran yang muncul apabila Tuhan berkata, “Tunggu.”
Semua itu bukan tanda kegagalan. Ia adalah tanda bahawa Roh Kudus sedang perlahan-lahan menyatakan apa yang Dia mahu ubah dalam diri anda. Kerana matlamat pertumbuhan rohani bukanlah kesempurnaan, tetapi ketergantungan kepada Tuhan.
“Dia harus makin besar, aku pula harus makin kecil.”
– Yohanes 3:30 (AVB)
Jadi, jangan kecewa bila anda mula nampak kelemahan dalam diri sendiri. Sebaliknya, bersyukurlah—sebab sekarang anda dapat melihatnya. Itu tanda bahawa Tuhan sedang bekerja dalam hidup anda. Itu tanda bahawa anda sedang bertumbuh. Dan kasih kurnia-Nya menyertai anda di setiap langkah.
Jemimah Ramos
Comments