top of page

Serahkan Segalanya kepada Tuhan Yesus


Setelah mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu, Dia (Yesus) menengadah ke langit dan mengucap syukur atas makanan itu. Kemudian Dia memecah-mecahkan roti itu dan menghulurkannya kepada murid-murid-Nya untuk diberikan kepada orang ramai. Lukas 9:16 AVB

 

Sebelum Yesus mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan daripada murid-murid-Nya, Dia menyuruh semua orang untuk duduk berkelompok-kelompok, iaitu  kira-kira lima puluh orang satu kelompok. Apabila semua orang sudah duduk, barulah Yesus mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu.  Dia pun menengadah ke langit dan mengucap syukur atas makanan itu kepada Allah Bapa.

 

Kemudian Yesus memecah-mecahkan roti dan ikan itu lalu Dia menghulurkan semuanya kepada murid-murid-Nya untuk diberikan kepada orang ramai yang ada di situ supaya mereka dapat makan.

 

Semua orang pun makan sehingga kenyang, namun roti dan ikan yang ada tidak kehabisan kerana masih terdapat sebanyak dua belas buah bakul lebihan makanan yang tertinggal!

 

Sekiranya kita menyerahkan apa-apa sahaja yang kita miliki kepada Tuhan Yesus, pastilah Dia akan menggunakannya untuk melakukan perkara-perkara yang besar. Oleh itu, janganlah melihat apa yang kita miliki itu kecil atau tidak berguna  kerana jumlahnya sedikit. Serahkan semuanya kepada Tuhan Yesus. Biarkan Tuhan Yesus bertindak dan sesungguhnya hal yang besar lagi menakjubkan akan terjadi.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan memohon agar Engkau mengajar aku untuk mentaati segala perintah-Mu. Tolonglah aku sentiasa menyerahkan apa sahaja yang aku miliki terlebih dahulu kepada-Mu sebelum aku melakukan apa-apa. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page