Setiap Kita Diberi Kuasa untuk Melakukan Pekerjaan-Nya
- Komuniti Digital 05
- 1 day ago
- 1 min read

Yesus memanggil murid-Nya yang dua belas itu lalu memberi mereka kuasa dan perintah untuk mengusir segala roh iblis dan menyembuhkan berbagai-bagai penyakit. Lukas 9:1 AVB
Yesus mengumpulkan kesemua dua belas orang murid-Nya lalu Dia memberikan kuasa kepada setiap murid-Nya untuk mengusir segala roh jahat dan menyembuhkan bermacam-macam jenis penyakit.
Setelah Yesus memberikan kuasa kepada para murid-Nya, Dia mengutus mereka untuk mengkhabarkan Berita Baik tentang kerajaan Allah dan menyembuhkan orang sakit dengan kuasa Tuhan.
Demikian juga dengan setiap diri kita yang percaya kepada Tuhan Yesus pada hari ini. Apabila kita menerima Tuhan Yesus ke dalam hidup kita, pada saat itu juga Dia memberi kita kuasa untuk melakukan pekerjaan-Nya di dunia ini. Oleh itu, kita tidak perlu khuatir atau takut apabila kita melaksanakan pekerjaan Tuhan.
Sebab dalam Yesus kita diberi kuasa untuk melakukan perkara-perkara yang luar biasa demi kemuliaan-Nya. Dengan itu, layanilah Tuhan Yesus dengan penuh keyakinan dan bersandarlah pada kuasa besar-Nya.
Dalam 2 Timotius 1:7 AVB kita diperingatkan bahawa “Allah tidak memberi kita roh ketakutan, tetapi kuasa, kasih dan tatatertib.”
Doa:
Ya Bapa yang di syurga, aku datang mengucapkan terima kasih kepada-Mu kerana memberi aku kuasa-Mu untuk melakukan pekerjaan-Mu. Walaupun aku sebagai manusia tidak layak untuk menerima kuasa-Mu, tetapi Engkaulah Tuhan yang tidak pernah menolak atau memilih bulu sesiapa sahaja yang datang kepada-Mu. Setiap orang boleh Engkau pakai demi kemuliaan-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
댓글