top of page

Siapakah Yesus Bagimu?


Yesus bertanya kepada mereka, “Apa kata kamu: Siapakah Aku pula?” Lukas 9:20a AVB

 

Setelah Yesus bertanya kepada murid-murid-Nya tentang pendapat orang ramai mengenai siapa diri-Nya,  Yesus pun mengalihkan soalan itu kepada diri para murid-Nya tentang pendapat diri mereka mengenai diri-Nya.

 

Sebab para murid-Nya sudah bersama-sama dengan diri-Nya untuk satu tempoh masa yang cukup lama dan mereka telah menyaksikan serta mengalami segala yang dilakukan Tuhan Yesus selama mereka bersama-sama-Nya. Mereka juga telah mendengar pendapat orang ramai tentang diri-Nya.

 

Jelaslah bahawa Yesus mahu mendapatkan kepastian tentang pengakuan para murid-Nya terhadap diri-Nya, sama ada mereka melihat diri-Nya sebagai Tuhan dalam hidup mereka atau sebaliknya. Itulah sebabnya Yesus mengemukakan soalan kepada mereka sama ada mereka sungguh-sungguh percaya kepada-Nya atau mereka turut dipengaruhi oleh pendapat orang ramai yang ada di sekeliling mereka.

 

Puji Tuhan, salah seorang murid Yesus, iaitu Petrus berkata  bahawa Yesuslah Kristus, Penyelamat yang diutus oleh Allah.

 

Bagaimanakah pula dengan diri kita pada hari ini? Siapakah Yesus bagi diri kita? Apakah kita sungguh-sungguh mengenal siapa Yesus dalam hidup kita? Seperti  Petrus, kita hendaklah  membuat pengakuan bahawa Yesuslah “Kristus daripada Allah”.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang  memohon agar Engkau terus bekerja dalam hidupku. Biarlah kasih dan imanku  kepada-Mu semakin hari semakin dalam dan semakin berakar umbi pada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page