top of page

Syarat untuk Mengikut Yesus


Ketika mereka dalam perjalanan, seorang berkata kepada Yesus, “Aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana sahaja.” Lukas 9:57 AVB

 

Tatkala waktunya sudah dekat untuk Yesus diangkat ke syurga, Dia menetapkan hati-Nya untuk menuju ke Yerusalem. Ketika Yesus dan murid-murid-Nya  dalam perjalanan ke Yerusalem, seorang ahli Taurat datang kepada Yesus lalu dia berkata kepada-Nya, "Aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana sahaja.”

 

Setelah mendengar kata-kata ahli Taurat itu,  Yesus pun menjawab kepadanya,  "Musang ada lubangnya dan burung di udara ada sarangnya tetapi Anak Manusia tidak ada tempat untuk meletakkan kepala-Nya.”

 

Jawapan Yesus bererti bahawa seseorang yang mahu mengikut-Nya ke mana-mana sahaja yang diperintahkan oleh-Nya, haruslah bersedia menanggung kemiskinan, kesusahan, kekurangan dan penderitaan seperti diri Yesus.

 

Adakah kita sungguh-sungguh bersiap sedia mengikut Tuhan Yesus pada hari ini ke mana-mana sahaja Dia mengutus kita untuk melaksanakan pekerjaan-Nya?  Sesungguhnya, terdapat syarat untuk mengikut Tuhan Yesus, iaitu kita harus sanggup membayar harganya dengan segenap hati.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk menyerahkan seluruh hidupku kepada-Mu. Tolonglah aku supaya sentiasa tidak akan keberatan  untuk mematuhi perintah-Mu atau melakukan pekerjaan-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page