top of page

Tahukah Siapa Tuhan Anda Sembah



“...Aku tahu bahawa TUHAN kita agung; Dia lebih agung daripada semua dewa....” Mazmur 135:5

 

Pemazmur berkata kepada kita bahawa dia tahu siapa Tuhannya, Dia adalah Tuhan yang sungguh besar dan agung melebihi segala dewa. Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, di langit dan di bumi, di laut dan di samudra yang dalam. Dari ujung bumi Ia mendatangkan awan, dibuat-Nya kilat untuk hujan. Lalu Ia memerintahkan angin supaya keluar dari tempat penyimpanan-Nya.

 

Oleh kerana pemazmur tahu siapa Tuhan bagi dirinya maka dia mengajak agar semua orang memuji kebesaranNya dengan sentiasa mengisytiharkan kebesaranNya sebagai Tuhan didalam kehidupan mereka. Sebab Dia adalah Tuhan yang membela umat-Nya dan mengasihani hamba-hamba-Nya.

 

Inilah yang menjadi dasar pujian pemazmur kepada Tuhan setiap hari, sebab Dia tahu bahawa Dia adalah Tuhan yang melebih segala tuhan yang lain. Oleh itu pemazmur mengajak semua kita untuk memuji Tuhan sebagai kebanggaan bagi diri mereka.

 

Mengenal kebesaran Tuhan akan mendorong kita untuk terus memuji nama-Nya didalam kehidupan kita, sebab kita tahu bahawa Dia adalah Tuhan mahabesar, sungguh besar, yang tidak mengenal batas waktu atau ruang dan Dia adalah Tuhan yang melebihi segala tuhan yang lain.

 

Oleh itu pengenalan kita secara peribadi dengan Tuhan akan menyebabkan pujian kita akan menjadi luarbiasa, Sebab kita tahu siapa Tuhan yang didalam kehidupan kita. Dengan itu pengenalan secara peridi merupakan hal yang sangat penting dalam pujian kita.

 

Persoalannya sekara. Apakah anda tahu siapakah Tuhan yang anda sembah pada hari ini secara peribadi?.

 

Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, merendahkan diri saya dihadapanMU, sekiranya saya tidak mengenal Engkau dalam pujian saya ampuni saya, ciptakanlah dalam hati saya roh yang memujiMU kerana saya betul-betul mengenal Engaku sebagai Tuhan dan penyelamat hidup saya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page