top of page

Tanamlah Hati yang Sentiasa Mengampuni

Updated: 5 days ago



'“...Ampunilah orang dan kamu akan diampuni. ' (Lukas 6:37c) AVB


Ajaran Yesus kepada para pengikut-Nya adalah supaya mereka sentiasa memberikan “pengampunan kepada orang lain”. Memberi pengampunan kepada orang lain bukanlah sesuatu yang dilakukan hanya sekali, tetapi haruslah dilakukan secara berterusan terhadap mereka yang menyakiti hati kita.


Oleh itu, ingatlah bahawa mengampuni bukanlah sekadar kehendak diri kita sendiri, tetapi ia merupakan tuntutan Tuhan Yesus terhadap setiap orang yang percaya kepada-Nya. Apabila kita membuat keputusan untuk mengikut Tuhan Yesus dalam hidup kita, maka kita haruslah mengikut teladan-Nya, yang sentiasa mengampuni mereka yang mengolok, memfitnah, membenci, dan menolak-Nya.


Sikap mengampuni orang lain merupakan sifat peribadi Tuhan Yesus sendiri, di mana Dia sentiasa mengampuni mereka yang bersalah terhadap-Nya. Dia menerima mereka seadanya, tidak menolak mereka tetapi mengampuni mereka.


Oleh itu, untuk menerima pengampunan daripada Tuhan, kita haruslah terlebih dahulu bertindak untuk mengampuni orang lain, sama ada kita bersalah atau tidak. Tuntutan Tuhan kepada kita adalah untuk mengampuni mereka. Maka, kita harus bertindak untuk mengampuni supaya Allah juga akan mengampuni kita.


Mengampuni orang lain tidak akan merugikan diri kita, sebaliknya ia menguntungkan kita. Oleh itu, amalkanlah tabiat yang sentiasa mengampuni dalam hidup ini.


Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon agar Tuhan mengajar aku untuk sentiasa mengampuni orang lain, menerima setiap orang tanpa melihat kesalahan mereka, dan berdoa untuk mereka. Di dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page