top of page

Tekad Hati Pemazmur Terhadap Pekerjaan Tuhan


Pemazmur menceritakan tentang tekadnya terhadap melaksanakan pembangunan bait Tuhan, betapa hatinya ingin membangunkan bait Tuhan. Dia berkata kepada kita bahawa “…dia tidak akan pulang atau tidur; tidak akan berehat atau melelapkan mata, sehingga dia membina rumah bagi TUHAN, tempat kediaman bagi Yang Maha Kuat, Allah yang disembah Yakub.”...” Mazmur 132:3-5


Hal ini menyatakan tekad hatinya terhadap pembinaan Bait Tuhan yang perlu dikerjakannya sehingga selasai. Oleh itu pemazmur membuat nazarnya tanpa merasa kuathir terhadap hal-hal peribadnya, tetapi dia mengutamakan pembinaan rumah Tuhan tanpa menunda-nunda.


Bagi dirinya pekerjaan pembinaan Rumah Tuhan merupakan hal yang sangat penting untuk dilaksanakan dan diselasaikan dengan segara. Pemazmur melihat bahawa pekerjaan ini tidak harusnya ditunda-tundakan, tetapi perlu dilaksanakan dengan segara. Sebab baginya pekerjaan Tuhan merupakan hal yang sangat penting.


Itulah sebabnya Dia berkata “…dia tidak akan pulang atau tidur; atau berehat atau melelapkan mata, sehingga dia membina rumah bagi TUHAN, tempat kediaman bagi Yang Maha Kuat, Allah yang disembah Yakub.”...” Mazmur 132:3-5


Bagaimana dengan diri anda hari ini? Apakah perkara yang sangat penting bagi anda laksanakan didalam hidup ini? Apakah kita melihat keperluan untuk melaksanakan pekerjaan Tuhan merupakan hal yang sangat penting bagi diri anda hari ini.


Marilah kita merenungkan diri kita, apakah tekad hati kita selama ini, apakah kita melihat pekerjaan Tuhan adalah sangat penting bagi diri kita atau sebaliknya. Firman Tuhan berkata “…Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu…” Matius 6:33


Doa: Bapa yang di surga, ajarlah saya untuk mengutamakan Engkau dalam segala perkara dalam hidup ini, sebab yang terutama didalam hidup ini adalah mengutamakan Engkau dalam segala perkara. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page