Tekanan Hidup: Bersandar Pada Tuhan atau Dunia?
- Komuniti Digital 05
- 2 days ago
- 2 min read

Renungan hari ini saya ambil dari
Kel 32: 1-2
1 Apabila orang Israel melihat bahawa Musa masih belum turun dari gunung itu, mereka berkumpul dan mengerumuni Harun lalu berkata kepadanya, “Buatkan kami tuhan-tuhan yang dapat memimpin kami kerana kami tidak tahu apa yang telah terjadi kepada Musa yang membawa kami keluar dari Tanah Mesir.” 2 Lalu Harun berkata kepada mereka, “Tanggalkanlah anting-anting emas yang ada pada telinga isterimu, anak lelakimu, dan anak perempuanmu dan bawalah kesemuanya kepadaku.”
Konteks :
Musa meninggalkan umat Israel selama 40 hari dan malam untuk bersemayam dalam hadirat Tuhan di Gunung Horeb. Hal ini membuatkan umat Israel cemas kerana pemimpin mereka iaitu Musa tidak kembali lagi...sehingga Harun membawa umat Israel melakukan hal yang paling dibenci oleh Allah
Apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini (kita lihat kepada Harun):
>> Kita manusia tidak dapat lari dari cobaan dan tekanan hidup
>> Kita kadang desperate untuk menyenangkan hati manusia.. mungkin untuk cuba menenangkan situasi di hadapan.. mungkin juga kita desperate untuk membuktikan diri sendiri kepada orang
>> Si Harun, sewaktu dipilih untuk mengambil tanggungjawab sebagai Imam Besar, dia dipandang tinggi, kelihatan sangat berkebolehan, sangat suci dan kudus namun ketika sudah dalam tekanan, imannya tercabar dan dia tidak bersandar kepada hikmah dari Tuhan sehinggalah Harun "surrender" kepada cara dunia menyebabkan ramai yang jatuh kedalam dosa.
"Ketaralah kepada Musa bahawa akibat perbuatan Harun, umat itu sudah menjadi tidak terkawal lagi hingga mengaibkan orang Israel sendiri di hadapan para musuh mereka."
❔Persoalan :❔
Apabila ditekan, apabila diuji, apabila iman dipersoalkan adakah kita masih kukuh bertahan teguh untuk tetap menantikan masa Tuhan yang terbaik itu atau adakah kita akan settle dengan cara yang lebih mudah, cara dunia (yang kelihatan seperti dapat membantu tetapi tidak selaras kehendak Tuhan) ?
God bless your day!🙌🏼🕊️
Evangeline Layun, Christgen DUMC Bahasa
Comments