top of page

Tetap Berusaha, Tanpa Menyerah


Setelah pemazmur dan umat Tuhan melalui pergumulan yang sangat panjang, akhirnya Tuhan membawa mereka kembali ke tanah asal mereka. Oleh kerana mereka tidak mengenal lelah dalam mengusahakan semula wilayah mereka maka Tuhan memberkati mereka dengan berkelimpahan.


Itulah sebabnya pemazmur berkata kepada kita bahawa “...TUHAN, menjadikan mereka makmur semula, seperti sungai kering berair semula pada musim hujan. Sehingga mereka yang menabur benih sambil menangis, dapat menuai hasilnya sambil bergembira!....” Mazmur 126:4-5


Orang Israel sewaktu kembali daripada pembuangan, mereka harus melalui berbagai penderitaan yang memberi tekanan dan godaan kepada mereka, sewaktu membangun wilayah yang sudah hancur dan mustahil.untuk dipulihkan semula.


Namun oleh kerana usaha yang tidak pernah mengenal erti lelah dan putus asa telah mengubah keadaan tempat mereka diami, sehingga tempat itu menjadi tempat yang penuh dengan berkat.


Segala kesukaran dan penderitaan sama sekali tidak dapat menggagalkan rencana Tuhan daripada digenapi didalam kehidupan kita, oleh itu berusahalah dan jangan menyerah tetaplah bekerja bagi Tuhan. Sebab pada waktu Tuhan, pasti kita akan menuai apa yang kita telah tabur pada hari akan datang.


Oleh kerana Tuhan, hati umat Tuhan yang kembali daripada pembuangan tetap berusaha tnpa mengenal jerih payah. Akhirnya diubah menjadi penuh dengan sukacita dan sorak kegirangan. Oleh itu janganlah menyerah apabila kita melihat keadaan yang mukuran untuk dibangunkan kembali, tetaplah berusaha, jangan putus asa, sebab segala usaha kita didalam Tuhan pasti tidak sia-sia.


Dengan itu umat Tuhan menjadi teladan bagi kita sewaktu melalui keadaan yang mustahil untuk dipulihkan kembali. Namun dengan hati yang melekat pada Tuhan maka mereka menikmati hasil usaha mereka.


Oleh itu jangan melihat keadaan itu sukar untuk dibangunkan kembali, tetapi berusahlah besama dengan Tuhan pasti akan terjadi hal yang luar biasa. Ingat selagi Tuhan ada bersama kita selagi itu ada jaminan, oleh itu jangan putus asa terus berusaha.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji namaMu, kerana didalamMu pasti ada harapan, oleh itu ajarlah saya berharap kepadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Related Posts

See All

Kasih Tuhan Tidak Berubah

“...Sebab biarpun gunung-gunung beranjak dan bukit-bukit bergoyang, tetapi kasih setia-Ku tidak akan beranjak dari padamu dan perjanjian damai-Ku tidak akan bergoyang, firman TUHAN, yang mengasihani e

Dia Tuhan Yang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b Oleh kerana mereka t

Коментарі


bottom of page