top of page

Tetap Membangun Dan Mendorong Satu Yang Lain


"…Tetapi sekarang kamu mengenal Allah, atau, lebih tepat lagi, Allah mengenal kamu. Mengapa kamu mahu kembali kepada roh-roh yang menguasai dunia ini? Roh-roh itu lemah dan tidak berguna. Mengapa kamu mahu diperhamba oleh roh-roh itu lagi?.....” Galatia 4:9


Oleh kerana jemaah Galatia sudah mengenal Allah melalui pekerjaan Tuhan Yesus Kristus, sehingga mereka sudah dimerdekakan daripada perhambaan dosa dan tuhan-tuhan yang lain. Namun, persoalanya sekarang ini adalah apakah mereka sungguh-sungguh sudah dimerdekkan atau kembali lagi memperhambakan diri mereka kepada roh-roh dunia ini lagi lalu mengikut ajaran yang menyesatkan itu.


Oleh kerana itu maka Paulus sekali berusaha untuk meyakinkan mereka akan kebenaran Injil melalui pengalaman iman mereka didalam Tuhan pada masa yang lalu dan juga melalui ajaran-ajaran Alkitabiah daripada Perjanjian Lama. Sebab pada masa yang lalu mereka telah menerimanya dengan hati yang terbuka dan penuh sukacita, atas dasar hubungan mereka yang sangat akrab.


Oleh itu Paulus menginginkan mereka supaya tetap berpegang pada kebenaran Injil yang mereka telah terima melaluinya, tanpa mengubah pendirian iman mereka kepada Tuhan. Dengan itu sebagai orang yang percaya kita harus tidak merasa jemu untuk terus meyakinkan iman saudara-saudara yang seiman, yang semakin lemah.


Jadilah pembimbing, Pembina dan pendorong yang baik.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan menyerahkan seluruh kehidupan saya kepadaMu, jadikanlah hidup saya sebagai pembimbing, Pembina dan pendorong yang baik selama hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page