Tetap Mengajar Kebenaran
- Komuniti Digital 05

- 1 hour ago
- 1 min read

“…Setiap hari Yesus mengajar di dalam Rumah Tuhan. Para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin bangsa Yahudi hendak membunuh Dia....” Lukas 19:47
Yesus tidak pernah berhenti daripada kebiasaan-Nya mengajar tentang Kebenaran, walaupun Dia berdepan dengan pelbagai cabaran dan tentangan daripada banyak pihak yang membenci-Nya. Namun bagi Yesus, keutamaan-Nya ialah tetap setia kepada tugas yang diberikan Bapa, iaitu mengajar Kebenaran di dalam Rumah Tuhan setiap hari.
Mereka (ketua imam, guru Taurat, dan para pemimpin bangsa Yahudi) yang sangat membenci Yesus terus berusaha mencari cara untuk membunuh-Nya, tetapi mereka tidak menemukan jalan untuk melakukannya, kerana semua orang sangat tertarik untuk mendengar ajaran-Nya dan berpegang teguh kepada perkataan-Nya.
Oleh sebab itu, ketua imam, guru Taurat dan para pemimpin Yahudi tidak tahu bagaimana hendak melaksanakan rancangan mereka, kerana ramai orang sentiasa bersama Yesus untuk mendengar ajaran-Nya.
Walaupun mereka terus berusaha mencari jalan untuk membunuh Yesus, semua rancangan mereka tetap gagal. Sementara itu Yesus tidak berhenti mengajar—Dia tetap melaksanakan misi-Nya dengan penuh semangat, tanpa rasa takut dan tanpa berhenti.
Bagi Yesus, tugas yang dipercayakan Bapa kepada-Nya adalah keutamaan dalam seluruh hidup-Nya. Dia terus mengajar tanpa berhenti dan tanpa takut. Bagaimana pula dengan diri kita pada hari ini? Adakah kita terus mengutamakan tugas yang Tuhan percayakan kepada kita?
Marilah kita terus bersaksi bagi Tuhan Yesus selama kita hidup, dengan mengajar dan menyatakan Kebenaran-Nya.
Doa: Tuhan, ajarlah aku untuk berpegang pada panggilan-Mu bagi diriku. Biarlah api-Mu di dalam diri aku terus bernyala-nyala untuk melayani-Mu. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments