top of page

Tindakan Pemazmur Disaat yang Sukar


“…Aku miskin dan lemah; datanglah segera kepadaku, ya Allah. Engkaulah penolongku dan penyelamatku, janganlah berlengah, ya TUHAN!......” Mazmur 70:6


Pemazmur menceritakan tentang keadaan yang sangat sukar yang dilalui olehnya dan doa-doa permohonannya kepada Tuhan, agar Tuhan segera untuk melepaskan dirinya daripada kesusahan yang dia lalui dan menolong dirinya daripada kesulitannya.


Pemazmur berkata kepada kita bahawa dia sangat sengsara dan miskin, kekurangan, tertekan, dan kebingungan. Namun oleh kerana kemiskinan dan keperluan dirinya telah mendorong dirinya untuk berseru kepada Tuhan.


Memohon kepada Tuhan agar Dia menyelamatkan dan menolong dirinya dengan cepat. Selain itu pemazmur juga memohon kepada Tuhan agar Tuhan mengalahkan dan membingungkan para musuhnya. Dengan memukul mundur dan mempermalukan mereka yang gembira kerana kesusahannya.


Doa pemazmur yang pendek ini menjadi penghibur bagi kita yang sedang melalui keadaan yang sangat sukar dalam hidup ini. Dimana doa ini akan memperingatkan kita tentang tindakan kita terhadap setiap kesusahan yang kita sedang hadapi.


Oleh itu janganlh kita mudah untuk menyerah terhadap tekanan dan tentangan yang sedang kita hadapi setiap hari. Tetapi ingatlah akan doa pemazmur ini, teladanilah sikap pemazmur sewaktu dia menghadapi kesusahan dalam hidupnya.


Sebab Tuhan kita adalah Tuhan yang mendengar setiap seruan kita..


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, bersyukur kepadaMu sebab Engkau adalah Tuhan dan penolong hidup saya, kuatkan dan teguhkan hati saya untuk terus bersangar padaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page