top of page

True Love Encounter (Pertemuan Cinta Sejati)



Adakah anda merasa bahagia menjadi seorang wanita? Apakah ukuran bahagia mu? Tidak kah anda tahu bahawa anda wanita yang sangat berharga di mata Tuhan? Kita diciptakan Tuhan begitu unik dan utuh di dalam Dia? Firman Tuhan di dalam Yesaya 43:4 mengatakan “Oleh karena engkau berharga di mata-Ku dan mulia, dan Aku ini mengasihi engkau, maka Aku memberikan manusia sebagai gantimu, dan bangsa-bangsa sebagai ganti nyawamu.”


Bukan itu saja, sebelum Tuhan membentuk kita dalam kandungan ibu kita lagi, Dia  telah mengenal siapa kita (Yeremia 1:5)  dan semua tentang kita sudah tertulis. Bukan kah Tuhan begitu peduli tentang kita baik di dalam perkara kecil atau besar? Marilah kita terus belajar mengalami kasih Tuhan itu di dalam kehidupan kita sehari-hari. Biarlah kasih itu yang terus membuat kita merasakan semangat di dalam kita menjalani hari-hari kita. Berjalanlah di dalam kasih Tuhan dan menikmatinya di dalam setiap musim hidup kita. Kita harus sedar bahawa Tuhan itu memandang kita dengan belas kasihan yang begitu melimpah dan tidak ada satukan unsur-unsur dunia yang dapat mempengaruhi kita selagi kita hidup dan mengakui kasih itu.


Tuhan mahu kita  hidup di dalam pengharapan yang penuh di dalam Dia.

Tuhan mahu kita menjadi berkat dan teladan di mana saja kita ditempatkan.

Tuhan mahu kita menjadi wanita yang kuat di dalam Dia

Tuhan mahu kita merasa bahagia bukan kerana siapa kita, tetapi siapa Tuhan di dalam hidup kita.

Tuhan mahu kita terus mengalami kasihNya yang sejati itu sehingga kita menjadi saluran kasihNya.

Tuhan mahu kita terus menyedari betapa unik dan utuhNya kita di dalam Dia.


Marilah nikmati dengan penuh kagum kasih Tuhan itu disertai dengan rasa bersyukur setiap hari. Tuhan Yesus mengasihimu.


Wanita berharga bukan kerana penampilan tetapi bagaimana dia menerima dirinya.


Selamat Hari Wanita Sedunia!



Oleh Teresamay, 2024

bottom of page