Hari 1 : Siri Pengabdian dari Fokus Kepada Keluarga
“Oleh itu, fikirkanlah belas ihsan Allah dan juga kekerasan-Nya; kekerasan kepada mereka yang terjerumus; belas ihsan kepada kamu, asalkan kamu berterusan dalam belas ihsan-Nya. Jika tidak, kamu juga akan dibuangkan."
Roma 11:22 AVB
BERCAKAP DENGAN ALLAH
Mintalah pertolongan dari Tuhan untuk membantu anda untuk mengenal pasti cara Dia berlaku baik kepada anda dan orang lain.
MELANGKAH KE TEMPAT YANG DALAM
Isi mangkuk dengan beg makanan ringan kegemaran keluarga anda. Sebagai sebuah keluarga, secara bergilir-gilir kongsikan cara Tuhan telah berbuat baik kepada anda hari ini. Nikmati hidangan dari mangkuk untuk setiap contoh yang diberikan.
LEBIH DALAM LAGI
Kebaikan Tuhan boleh bersifat peribadi, terutama untuk satu orang. Daud mengalami kebaikan Tuhan, dan dia memuji Tuhan untuk itu, dengan berkata “Dia menghulurkan tangan-Nya dari langit, Dia menarikku keluar daripada pelbagai bencana yang menenggelamkan” (Mazmur 18:16)
Kebaikan Tuhan juga boleh mempengaruhi ramai orang dengan cara tertentu. Tuhan menunjukkan kebaikan hati-Nya melalui penyediaan berterusan yang diterangkan dalam Kisah Para Rasul14:17: “Namun demikian, Allah sentiasa memberikan kesaksian tentang diri-Nya dengan kebaikan yang dilakukan-Nya. Dia mengurniaimu hujan dari langit dan hasil dari bumi menurut musimnya. Dia memuaskan hatimu dengan makanan dan kegembiraan.”
Kebaikan Tuhan adalah sebahagian daripada sifat-Nya. Sangat mudah untuk mengabaikan ungkapan kebaikan-Nya setiap hari, tetapi apabila anda dengan sengaja mencarinya, anda menjadi lebih menyedari kasih Tuhan kepada kita.
PERBINCANGAN
Ceritakan tentang satu kejadian dimana Tuhan telah berbaik hati kepada anda.
Mengapa penting untuk menyedari kebaikan Tuhan?
留言