top of page

Tuhan Sentiasa Bersama Kita


“…TUHAN menggagalkan rancangan bangsa-bangsa; Dia meniadakan niat mereka. 11 Tetapi rancangan TUHAN tahan selama-lamanya, dan tujuan-Nya tidak berkesudahan..…” Mazmur 33:10-11


Didalam Tuhan kita aman dan selamat, seperti mana yang dikatakan Paulus kepada jemaah di Roma (Roma 8:31) Oleh itu, apakah yang boleh kita katakan sekarang tentang semua itu? Jika Allah berpihak kepada kita, siapakah dapat melawan kita?


Demikian juga pemazmur berkata kepada kita pada hari ini bahawa “..TUHAN akan menggagalkan rancangan bangsa-bangsa; Dia meniadakan niat mereka. Tetapi rancangan TUHAN tahan selama-lamanya, dan tujuan-Nya tidak berkesudahan…”.


Kunci berkat perlindungan Tuhan ke atas peribadi pemazmur terjadi oleh kerana “…hidupnya yang akrab dengan Tuhan..” oleh kerana hubungannya dengan Tuhan sangat akrab maka Tuhan melindungi dan menjaga dirinya daripada ancaman musuh-musuhnya.


Demikian juga dengan diri kita pada hari ini selagi kita hidup akrab dengan Tuhan maka Tuhan akan menjaga dan melindungi kita daripada segala ancaman dan serangan kuasa yang jahat dengan memberikan kita kekuatan, jalan keluar dan hikmat yang luarbiasa.


Ingat selagi Tuhan berpihak kepada kita selagi itu kita mengalami ketenangan dan kedamaian didalam hidup ini. Bagaimana dengan diri anda hari ini?


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur ke atas kebaikanMu yang menjaga dan melindungi hidup saya daripada ancaman dunia ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

コメント


bottom of page