top of page

Tuntutan Demi Mengikut Yesus


Yesus berkata kepada semua, “Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib setiap hari, dan mengikut-Ku. .....” Lukas 9:23 AVB

 

Setelah Yesus mendengar pengakuan Petrus, Dia dengan tegasnya memperingatkan murid-murid-Nya supaya tidak memberitahukan pengakuan Petrus itu kepada sesiapa pun. Yesus turut menjelaskan apa yang akan terjadi kepada diri-Nya, iaitu “Anak Manusia harus banyak menanggung kesengsaraan serta ditolak oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam dan ahli Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi tiga hari kemudian, Dia akan dibangkitkan semula.”

 

Oleh itu, sekiranya seseorang memutuskan untuk mengikut Tuhan Yesus, dia haruslah menyangkal dirinya, memikul salib setiap hari, dan mengikut-Nya. Tuntutan demi mengikut Tuhan Yesus adalah amat tinggi.

 

Mengikut Yesus bermakna bahawa seseorang itu harus siap sedia untuk meninggalkan segala kepentingan dirinya,  mengikut Yesus sepenuhnya tanpa berdua hati, dan  berpegang teguh pada pendirian bahawa sampai mati dia akan tetap mengikut Tuhan Yesus.

 

Apakah anda siap sedia untuk mengikut Tuhan Yesus pada hari ini dengan menyangkal diri, memikul salib tiap-tiap hari dan mengikut-Nya?

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk menyerahkan seluruh hidupku kepada-Mu. Ajarlah aku untuk mengikut-Mu dalam segala jalanku. Berilah aku jiwa raga yang taat dan setia kepada kehendak-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Commentaires


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page