top of page

Untungnya Mengabdikan Diri Kepada Tuhan Yesus


“Sesiapa yang mahu memelihara nyawanya akan kehilangannya. Tetapi sesiapa yang mengorbankan nyawanya kerana Aku akan memeliharanya.” Lukas 9:24 AVB

 

Yesus sedang menceritakan  keadaan Kerajaan Syurga, iaitu hal-hal besar tentang Kerajaan Allah kepada para murid-Nya. Mereka harus membuat pilihan tepat tentang keselamatan dan kebahagiaan jiwa mereka yang mengatasi semua urusan dunia ini.

 

Sebab sekiranya mereka dibunuh kerana mengikut Tuhan Yesus,  mereka akan memperoleh hidup kekal. Akan tetapi, sekiranya mereka berjuang hanya untuk memelihara nyawa mereka, mereka akan kehilangan hidup yang sejati.

 

Oleh itu, lebih baik seseorang itu mengorbankan nyawanya kerana mengikut Tuhan Yesus daripada memelihara nyawanya demi hal-hal dunia ini, kerana seseorang yang mengorbankan nyawanya demi Tuhan Yesus akan memperoleh hidup kekal.

 

Marilah kita menyerahkan hidup kita sepenuhnya hanya kepada Tuhan Yesus kerana hidup yang mengabdi kepada Kristus Tuhan kita dan kematian dalam-Nya adalah berbaloi lagi menguntungkan.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan memohon agar Engkau mengajar aku untuk mengabdikan diriku hanya kepada-Mu. Pakailah hidupku demi memuliakan nama-Mu sepanjang hayatku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Commentaires


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page