top of page

Utamakan Orang Lain daripada Diri Kita

“Malangnya kamu orang Farisi! Kamu suka duduk di kerusi khas di saumaah dan diberi salam hormat di pasar.” Lukas 11:43 AVB

 

Sekali lagi Yesus menegur orang Farisi yang sangat  angkuh terhadap diri mereka sendiri. Mereka lebih mengutamakan penghormatan bagi diri sendiri dalam setiap upacara keagamaan mereka dan juga menerima pujian daripada orang ramai.

 

Oleh sebab itu,  Yesus berkata kepada mereka, "Malangnya kamu orang Farisi! Kamu suka duduk di kerusi khas di saumaah dan diberi salam hormat di pasar.” Mereka dikecam kerana mereka  suka sekali duduk di tempat yang terdepan atau terhormat di saumaah atau rumah ibadat dan juga mendambakan sanjungan daripada khalayak ramai di tempat awam. 

 

Yesus menegur golongan Farisi bukanlah kerana mereka diberi tempat duduk terhormat di rumah ibadat atau diberi penghormatan oleh orang ramai, tetapi yang menjadi masalah ialah orang Farisi  menuntut atau menagihnya demi kepentingan diri mereka. 

 

Sekiranya mereka diberi tempat duduk yang terhormat di rumah ibadat atau diberi pujian oleh orang ramai tanpa mereka memintanya, hal ini tidaklah salah bagi Tuhan Yesus. Akan tetapi, sekiranya mereka mendapatkan tempat duduk khas di rumah ibadat dan diberi salam hormat di tempat awam atas permintaan atau tuntutan mereka, maka hal itu adalah salah di mata  Tuhan Yesus.

 

Oleh itu, janganlah kita mengikut sikap orang Farisi yang suka  mendapat tempat duduk yang terhormat di rumah ibadat dan suka meminta tabik daripada  orang ramai sewaktu berada di tempat awam. Marilah kita mengutamakan orang lain  terlebih dahulu dalam segala yang kita lakukan dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk mengutamakan Engkau dalam segala perkara yang aku lakukan setiap hari agar aku  tidak memusatkan  diri sendiri. Aku ingin memuliakan Engkau dalam segala-galanya. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page