top of page

Yesus Disambut Marta ke Rumahnya

Yesus dan murid-murid-Nya meneruskan perjalanan dan sampai di sebuah kampung. Seorang perempuan yang bernama Marta menyambut Dia ke rumahnya. Lukas 10:38 AVB

 

Sewaktu Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya tiba di sebuah kampung,  seorang perempuan yang bernama Marta dan  adiknya yang bernama Maria telah menyambut Tuhan Yesus  ke rumah mereka dengan ramah-tamah.

 

Kehadiran Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya di rumah Marta adalah atas undangan secara peribadi daripada keluarganya. Oleh sebab Marta menyambut baik kunjungan Yesus, maka Dia dan murid-murid-Nya masuk ke dalam rumah Marta dengan senang hati.

 

Yesus tidak menolak undangan Marta untuk datang ke rumah, malah Dia menerima jemputan Marta dengan sukacita. Dengan itu, Dia masuk dan mengajar mereka yang ada di rumah Marta. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa sekiranya kita mengundang Tuhan Yesus  ke rumah kita, pasti Dia akan datang dan menyertai kita.

 

Tuhan Yesus ialah Tuhan yang lemah lembut dan siap sedia untuk menerima kita. Dia tidak akan menolak kita atau memandang siapa diri kita tetapi Dia melihat hati kita yang rindu akan-Nya. Ingatlah bahawa Tuhan Yesus sentiasa terbuka hati untuk menyambut setiap orang yang mengundang-Nya masuk ke dalam hidup mereka.

 

Oleh itu, marilah kita mengundang  Tuhan Yesus untuk menyertai segala perkara yang kita lakukan dan yang kita miliki dalam hidup ini. Sebab kehadiran Tuhan Yesus pasti akan mengubah segala perkara dalam hidup kita untuk menjadi baik dan indah.

 

Doa:

Ya Tuhan Yesus, aku datang  mengundang Engkau masuk ke dalam hidupku. Bimbinglah aku dan pimpinlah aku agar dalam segala-gala yang aku lakukan, nama-Mu akan dimuliakan. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Commentaires


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page