top of page

Yesus Sedia Mengampuni Dosa-Dosa Kita


'Di dalam kota itu ada seorang perempuan yang hidup dalam dosa. Setelah dia mendengar bahawa Yesus makan di rumah orang Farisi itu, dia membawa sebuah kendi pualam berisi minyak wangi. ' (Lukas 7:37) AVB


Di kota itu, terdapat seorang wanita yang hidup dalam dosa (seorang pelacur). Apabila dia mendengar bahawa Yesus sedang makan di rumah seorang Farisi bernama Simon, dia pun pergi membeli sebotol minyak wangi yang disimpan dalam botol marmar. Kemudian, dia pergi ke rumah Simon sambil membawa botol minyak wangi yang sangat indah itu.


Ketika Simon dan para tetamu sedang makan, wanita itu datang lalu berlutut di belakang Yesus, berhampiran kaki-Nya. Dengan penuh penyesalan atas dosa-dosanya, dia menangis sehingga air matanya membasahi kaki Yesus.


Dia mengeringkan kaki Yesus dengan rambutnya. Bukan itu sahaja, dia juga berulang kali mencium kaki Yesus sambil meminyaki kaki-Nya dengan minyak wangi yang dibawanya.


Wanita itu tidak menghiraukan pandangan orang ramai terhadap tindakannya di hadapan Tuhan Yesus. Baginya, hanya satu perkara yang dirindui dalam hidupnya — iaitu pengampunan dosa. Dengan hati yang hancur dan penuh penyesalan, dia datang kepada Tuhan Yesus.


Oleh kerana hatinya yang benar-benar bertobat daripada dosanya, Yesus berkata kepadanya, “...Aku sudah mengampuni dosa-dosamu...”. Oleh itu, sekiranya kita berdosa, datanglah kepada Tuhan Yesus untuk menerima pengampunan. Dia Tuhan yang penuh belas kasihan, pasti akan menerima dan mengampuni kita.


Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, mengakui segala dosaku kepada-Mu. Aku memohon pengampunan-Mu atas segala dosaku. Bersihkanlah hatiku dan berikanlah aku hati yang baru. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

1 Comment


Guest
8 hours ago

Amen.🙏🙏❤️ Thank you Pastor. Baru ui nembaca atau teruskan dengan "Check it out"..

Like
1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page