top of page

Renungan Pra-Paskah

Hari Pra-Paskah Ke-20

Ingatlah apa yang telah Kukatakan kepadamu, 'Seorang hamba tidak lebih besar daripada tuannya.' Jika mereka menganiaya-Ku, mereka akan menganiayamu juga. Jika mereka menurut kata-kata-Ku, mereka akan menurut kata-katamu juga. – Yohanes 15:20 AVB

RENUNGAN: Tuhan Yesus Kristus memperingatkan kita bahawa dunia akan memperlakukan kepada kita sama seperti mereka memperlakukan kepada-Nya dan ini akan mengakibatkan kita dianiaya atau bahkan dibunuh. Sekiranya dunia mengasihi kita, maka kita seharusnya sangat risau! Mari kita renungkan kehidupan kita hari ini - bagaimanakah iman kita kelihatan di khayalak ramai? Pernahkah kita berasa malu terhadap kepercayaan kita kepada Tuhan Yesus Kristus sehingga kita bersembunyi iman kita dan orang tidak tahu langsung bahawa kita adalah jemaah Kristian?

bottom of page