top of page

Cari

5636 items found for ""

KD Post (2359)

  • Doa Hana Terjawab Dan Dia Memberi Persembahan Kepada Tuhan

    1 Samuel 1:19-21 (BM) Pada keesokan hari, Elkana dan keluarganya bangun pagi-pagi. Setelah mereka beribadat kepada TUHAN, mereka pulang ke Rama. Elkana bersetubuh dengan isterinya Hana, dan TUHAN mengabulkan doa Hana. Hana mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hana menamakan anak itu Samuel, kerana katanya, "Aku sudah memintanya daripada TUHAN." Kemudian tibalah masanya bagi Elkana dan keluarganya pergi ke Silo lagi untuk mempersembahkan korban tahunan kepada TUHAN. Selain itu, Elkana sudah berjanji untuk mempersembahkan suatu korban khas. Pengajaran/Refleksi Sudahkah doa saudara dan saudari dijawab oleh TUHAN seperti doa Hana yang memohon anak daripada TUHAN? Jika belum, berdoalah bersungguh-sungguh sehingga terjadi keterobosan atau sehingga doamu dijawab. Harus ingat, setelah doamu dijawab oleh TUHAN, saudara dan saudari harus memberi persembahan pujian syukur kepada TUHAN, untuk memuji dan menyembah DIA, yang layak disembah dan ditinggikan. Sudahkah saudara dan saudari membawa persembahanmu ke rumah TUHAN setelah Ia menjawab doamu ataupun telah memberkatimu dalam pekerjaan atau bisnismu selama ini? Jika belum, lakukanlah sekarang untuk TUHAN. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit

  • Fikiran Yang Berkemenangan

    Oleh Pr Sam Surendran

  • Jangan Salah Sangka

    1 Samuel 1:13-18 (BM) Hana berdoa dengan senyap; oleh itu hanya bibirnya yang bergerak tetapi suaranya tidak kedengaran. Itulah sebabnya dia disangka mabuk oleh Eli. Kemudian Eli berkata kepadanya, "Jangan mabuk di sini! Jangan minum wain lagi!" Hana menjawab, "Tuan, saya tidak mabuk. Saya tidak minum wain. Saya putus asa, dan saya sedang berdoa untuk meluahkan isi hati kepada TUHAN. Tolong jangan anggap saya sebagai perempuan hina. Saya berdoa seperti ini kerana saya sangat sedih." Kemudian Eli berkata, "Jika begitu, pulanglah dengan sejahtera. Semoga Allah Israel mengabulkan permintaanmu." "Semoga saya mendapat restu tuan," kata Hana. Kemudian Hana pergi dari situ, lalu makan dan tidak sedih lagi. Pengajaran/Refleksi Jangan tersalah sangka terhadap sesuatu yang orang lain lakukan jika tidak ada buktinya. Jangan menganggap seseorang itu hina. Jangan seperti Eli yang menyangka Hana mabuk semasa dia berdoa, kerana dia berdoa dengan senyap (hanya bibirnya yang bergerak). Eli bukan hanya menyangka Hana mabuk tetapi berkata kepadanya, "Jangan mabuk di rumah TUHAN! Jangan minum wain lagi!" Hana menjelaskan bahawa dia tidak mabuk, tetapi sedang berdoa kerana putus asa, sangat sedih, dan meluahkan isi hatinya kepada TUHAN. Setelah berdoa, Hana tidak berasa sedih lagi. Jangan membuat tuduhan sebarangan atau menganggap sesuatu yang bukan-bukan terhadap orang lain jika tidak ada buktinya. Perkara kedua yang kita pelajari di sini adalah, mari kita datang kepada TUHAN dalam segala masalah kita. TUHAN pasti memberi kelegaan, pemulihan, dan kemenangan. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit

View All
bottom of page