top of page

Renungan Pra-Paskah

Hari Pra-Paskah Ke-25

Namun demikian, Penolong, iaitu Roh Kudus yang akan diutus Allah dalam nama-Ku, akan mengajarmu segala-galanya dan mengingatkanmu tentang apa yang telah Kukatakan kepadamu. – Yohanes 14:26 AVB


RENUNGAN: Kita mempunyai kehadiran Roh Kudus bersama kita, iaitu peribadi ketiga Tritunggal. Ke mana sahaja kita pergi, Roh Kudus bersama kita dan Dia telah berjanji bahawa Dia tidak akan meninggalkan kita atau mengabaikan kita. Dia adalah Peguambela dan Penasihat kita, Guru dan Pengajar kita, Penghibur kita dan Penolong kita yang selalu hadir bersama dalam masa kesusahan. Apa sahaja yang kita hadapi, Roh Kudus ada bersama kita. Dia menolong kita dan memberi syafaat kepada kita ketika kita menghadapi kesukaran apabila berdoa. Marilah kita memeriksa hati kita untuk melihat bagaimana kita telah mengecewakan Tuhan kerana ketidaktaatan kita. Mari kita mintalah Dia untuk meneliti hati kita, mengajar kita dan mengingatkan kita agar kita dapat berjalan taat dalam kemuliaan Tuhan.

bottom of page