top of page

Cari

330 items found for ""

  • 1. BERDOA MENGIKUT KEHENDAK ALLAH

    “Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, duduklah aku lantas menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa di hadapan Allah semesta langit,” (Nehemia.1:4) “Ya Tuhan, semoga telinga-Mu mendengar doa hamba-Mu ini dan doa para hamba-Mu yang rela menghormati nama-Mu. Berikanlah kejayaan kepada hamba-Mu hari ini dan kurniakanlah belas ihsan kepadanya di hadapan orang ini.” (Nehemia.1:11) Nehemia bermula dengan menangis, berpuasa dan berdoa. Dia melakukan ini bagi pihak umat Allah yang telah berdosa dan meninggalkan Tuhan. Sebelum melakukan apa-apa, dia bercakap dan meluahkan isi hatinya kepada Allah. Bagi kita hari ini, sebelum kita bertindak, sebaiknya kita bercakap dan mengongsikan isi hati kita kepada Tuhan Allah seperti yang Nehemia lakukan. Ini menunjukkan keintiman hubungan Nehemia dengan Allah. Kunci kepada segala sesuatu ialah tahap hubungan kita dengan Allah. Kita datang kepada Tuhan melalui doa dan puasa bukan kerana masalah besar sahaja malah dalam hal-hal kecil pun. Segala kehidupan kita baik kecil atau besar penting bagi Tuhan. Allah mahu kita membawa segala kekhuatiran, keresahan, cita-cita, dan harapan kepada-Nya. Hanya dengan cara ini kita boleh melihat rancangan Allah dan dapat memahami cara-Nya bertindak dalam setiap keadaan. Rob Kerby berkata, “Doa menolong kita mendapat kekuatan untuk hari ini dan harapan untuk esok. Kita seharusnya aktif berdoa dan berharap pada kuasa-Nya untuk mengubah keadaan kita menjadi lebih baik. Iman kita ada hubungan dengan kualiti doa kita. Doa mampu mengubah bukan sahaja orang tetapi keadaan disekeliling kita.”

  • Krismas (5 Hari)

    Renungan Krismas Bersama Pr. Kenny Tham

  • Renungan Krismas (21 Hari)

    Renungan Krismas bersama Pr. Sam Surendran.

bottom of page