top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6127)
KD Post (3258)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- MimpiIn Kehidupan Kristian22 July 2021Amen !!! Kumpulan pemuridan kecil adalah caranya … Paulus mengatakan kepada Timotius: 2 Timotius 2:2 (AVB) Segala yang telah kaudengar daripadaku di hadapan saksi yang ramai, sampaikan kepada orang setia yang dapat mengajarkannya kepada orang lain pula. Multiplication ! Pelipat-gandaan !21
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 5) : Mari, Lihatlah Karya-karya Tuhan!In Doa dan Puasa NECF 202111 August 2021terima kasih Tuhan, kami percaya segala yang berlaku di dunia ini bukannya kebetulan, segala yang berlaku, di balik semuanya itu, ada tangan yang berkuasa yang menguasainya, yakni Engkau yang berdaulat. kami siap siaga untuk disucikan sehingga kami benar-benar seperti Enggkau. kami akui bahawa kami sering berkompromi dengan keadaan dunia ini, walhal kami dinasihatkan supaya kami tidak seperti dunia ini, (Roma 12:2)21
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 7) : PertaubatanIn Doa dan Puasa NECF 202113 August 2021hallelujah, bantu kamiuntuk hidup sepadan dengan kesaksian melalui pertaubatan kamiya Bapa. di mana pun kami berada, kami diberi kekuatan untuk memancarkan terang-Mu melalui perbuatan yang berkenan kepada Mu, supaya ramai yang akan ditarik kepada Yesus Kristus, (Yohanes 12:32)21
- Mazmur 121:7-8 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·1 November 2021Tuhan akan melindungimu daripada segala kejahatan – Dia akan melindungi jiwamu; Tuhan akan melindungi pemergianmu dan kepulanganmu dari sekarang untuk selama-lamanya.2116
- Bersyukurlah kepada TUHAN MahatinggiIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·20 July 2021Mazmur 7:18 Aku mengucapkan syukur kepada TUHAN kerana DIA adil, menyanyikan pujian kepada TUHAN, Yang MahaTinggi. Doa: Bapa kami yang di Syurga, terimakasih sebab TUHAN adil. Bukan saya, orang berdosa, yang patut menghakimi orang lain tetapi TUHAN Mahatinggi yang adil saksama yang akan menghakimi setiap orang. Jadi tolonglah saya tidak melihat orang dengan mata yang menghakimi sebab Tuhan yang juga Kasih yang telah mengurniakan Korban Sempurna, iaitu Yesus Kristus untuk semua orang. Segala kemuliaan saya beri kepadaMU, TUHAN Yang Mahatinggi! Haleluya! Dalam nama Yesus, Amen.2118
- Yesaya 43:2 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·18 November 2021Apabila engkau mengharungi air, Aku akan menyertaimu, dan engkau tidak akan dihanyutkan saat mengharungi sungai. Apabila engkau berjalan melalui api, engkau tidak akan dihanguskan, dan nyala api tidak akan membakarmu.2119
- Bunuh Diri adalah masalah Remaja dan Orang MudaIn Keluarga·30 October 2021Oleh Danny Huerta, PSYD, MSW, LCSW, LSSW Bunuh diri adalah masalah di kalangan belia dan orang dewasa muda. Terdapat harapan untuk penyembuhan apabila ibu bapa dan orang lain membantu secara terancang. Apa itu Bunuh Diri? Perbuatan sengaja menyebabkan kematian sendiri, yang dikenali sebagai bunuh diri, adalah masalah yang merupakan punca kedua utama kematian di kalangan mereka yang berumur antara 10 hingga 34 tahun. Ia adalah tragedi yang bukan sahaja meragut nyawa seseorang individu tetapi juga menyebabkan rakan-rakannya, ahli keluarga dan masyarakat secara amnya dilanda kesedihan, kekeliruan dan kesengsaraan. Syukurlah, ada harapan untuk sembuh apabila ibu bapa dan orang lain mengambil langkah yang terancang untuk membantu. Isu Bunuh Diri Walaupun ia mungkin nampak begitu, bunuh diri bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba. Banyak faktor yang menyumbang kepada keputusan seseorang untuk menamatkan kehidupannya. Namun demikian, pakar telah mendapati bahawa terdapat lebih banyak keinginan untuk bunuh diri pada zaman remaja. Kajian menunjukkan bahawa 90 peratus remaja yang cuba membunuh diri mempunyai beberapa jenis masalah kesihatan mental. Kemurungan, kebimbangan, gangguan bipolar, dan skizofrenia semuanya dikaitkan dengan keinginan dan tindakan membunuh diri. Beberapa isu lain mungkin menjadikan belia dan orang dewasa muda lebih cenderung kepada fikiran bunuh diri. Buli, trauma, kekosongan, kesunyian, penolakan oleh rakan sebaya atau penderaan adalah isu yang mungkin menyumbang kepada perbuatan mencederakan diri. Bunuh diri adalah masalah yang boleh menular. Jika seorang remaja mendengar tentang suatu kejadian bunuh diri, dia mungkin melihatnya sebagai penyelesaian kepada masalahnya. Ahli keluarga, rakan atau selebriti yang cuba membunuh diri boleh seolah-olah “memberi izin” kepada seseorang yang sedang berfikir-fikir hendak membunuh diri. Terdapat harapan untuk penyembuhan bila komunikasi terbuka diwujudkan, dan pendedahan kepada media dikurangkan ke tahap minimum. Hiburan dan media sosial memberikan mesej atau persepsi tentang bunuh diri yang positif tetapi ia sebenarnya sangat memudaratkan dalam banyak kes,. Media massa sedemikian ini memberi kesan kepada emosi dan menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada pengaruh mereka. Remaja sangat dipengaruhi oleh emosi mereka, menyebabkan mereka bertindak balas terhadap situasi yang sukar sebelum otak mereka dapat berfikir dan mempertimbangkannya dengan jelas. Bersikap Proaktif! Bukan satu isu sahaja yang akan menyebabkan anak anda mengambil nyawanya, tetapi terdapat beberapa pengaruh yang boleh menyumbang kepada risiko bunuh diri. Keadaan kesihatan mental dan peristiwa hidup yang menimbulkan tekanan – seperti penderaan atau penyakit serius – adalah faktor risiko yang mungkin terjadi. Kehadiran salah satu faktor risiko ini tidak bermaksud anak anda berfikir untuk membunuh diri. Ia menunjukkan bahawa anda mesti perhatikan sama ada terdapat pelbagai tanda amaran. Sebahagian daripadanya termasuk kegelisahan, putus asa, kekosongan, penarikan diri, kemarahan dan perubahan emosi atau tingkah laku yang ketara. Bunuh diri adalah masalah yang memerlukan tindakan proaktif. Walaupun anda tidak melihat apa-apa tanda amaran, ada langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko kepada anak anda. Jadilah Rumah yang Bergaya Jadikan rumah anda tempat anak remaja anda dan rakan-rakannya melepak. Ini mungkin bermakna anda membeli piza dan menganjurkan malam menonton filem. Anda akan mengalami kekacauan dan kos tambahan – tetapi ini akan membolehkan anda mengikuti perkembangan terkini dalam kehidupan anak anda. Selain itu, kenali-lah keluarga yang anak anda pilih untuk bergaul. Kebertanggungjawaban Wujudkan suatu perjanjian bertulis yang jelas yang meliputi keterbukaan dan ketelusan. Dalam dokumen itu, nyatakan apa yang diharapkan tentang bagaimana teknologi, media sosial dan penghantaran pesanan teks akan digunakan di rumah anda. Pantau dengan aktif masa yang diluangkan di depan skrin alat elektronik supaya anda dapat perasaan apa-apa aktiviti yang merisaukan. Komunikasi dan Hubungan Adakan pertemuan setiap minggu, dua minggu atau bulan atau pertemuan satu sama satu dengan anak anda. Tanya soalan, seperti: Bagaimana rasanya menjadi seorang yang berusia __ tahun di rumah kita? Bolehkah anda memberitahu saya apa yang berjalan lancar? Adakah terdapat sesuatu yang tidak begitu baik? • Pastikan anda mendengar dan elakkan daripada “memberi syarahan”. Beritahu mereka bahawa anda menyayangi mereka – bahawa mereka cukup baik – sambil mereka terus berkembang. Beritahu mereka bahawa mereka boleh mengatasi pengalaman dan emosi yang sukar yang merupakan sebahagian daripada kehidupan. Terdapat harapan untuk sembuh apabila ibu bapa dan anak-anak mereka terlibat dalam komunikasi yang penuh kasih sayang dan jujur. Menangani Isu Lain Minda yang Sihat Jika anak remaja anda bergelut dengan kemurungan, kebimbangan, cenderung terlalu mementingkan kesempurnaan atau penyakit mental, tanganilah masalah tersebut dengan gigih. Kajian menunjukkan bahawa kaunseling memberi perbezaan yang ketara untuk membantu kanak-kanak mengatasi dan menguruskan penyakit mental. Senaman, pemakanan yang baik, rehat, dan sokongan positif adalah penyumbang kepada minda yang sihat. Masalah Pembelajaran Tangani-lah masalah pembelajaran dan dapatkan bantuan profesional jika perlu. Ini boleh membantu anak anda menyedari harga dirinya dan cara orang lain melayannya. Bantulah anak anda mencari kekuatannya. Tindak balas terhadap Tanda-tanda Amaran Jika anda melihat tanda-tanda amaran bunuh diri pada anak anda, cakaplah dengannya. Tanya dia apa yang dia fikirkan dan rasakan dan gunakan perkataan bunuh diri. Sesetengah ibu bapa takut bahawa dengan menggunakan perkataan itu mereka akan menimbulkan fikiran tersebut. Itu tidak benar. Sebaliknya, anak anda akan lebih faham bahawa anda mengambil berat dan ingin melindunginya. Garis panduan yang baik ialah: Jika anak remaja anda bercakap tentang bunuh diri dengan kesedaran dan rasa hormat, maka dia lebih selamat daripada mereka yang tidak bercakap mengenainya. Bunuh diri adalah masalah yang membawa kepada pengasingan dan oleh kerana itu, perbincangan boleh mengatasinya. Cara Membantu Anak Anda Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengatakan dia telah berfikir tentang bunuh diri? Akrostik S-L-A-P boleh membantu anda menilai tahap bahaya: S = Pelan yang Spesifik. Adakah anak remaja anda sedang mempertimbangkan tindakan spesifik untuk mengambil nyawanya sendiri? Lebih terperinci seseorang bercakap tentang bunuh diri dan lebih banyak butiran yang mereka berikan, lebih besar risikonya. L = Pelan yang Letal (boleh membawa maut). Adakah rancangan khusus ini benar-benar berbahaya? Jika jawapannya ya, dia kini menghadapi risiko 50 peratus. A = Adakah pelan ini dapat dilaksanakan? Bolehkah rancangan itu dipraktikkan? Adakah dia mempunyai akses kepada cara dan/atau bahan yang diperlukan untuk melaksanakan niatnya? Jika jawapannya ya, dia berada dalam keadaan yang sangat berbahaya: Hapuskan cara membunuh diri dan ambil tindakan segera. P = Pembantuan yang berdekatan. Adakah terdapat orang yang rapat untuk menghalangnya daripada mengikuti rancangannya? Dia mungkin tidak akan mencuba apa-apa semasa rakan, keluarga atau orang lain yang dia hormati berada di sekelilingnya. Jika anda tidak boleh meletakkan seorang remaja di bawah pengawasan keluarga, hubungi 911 atau bawa dia terus ke bilik kecemasan tempatan. Jika tahap risiko anak anda cukup rendah sehingga bunuh diri nampaknya tidak akan berlaku, anda masih perlu menangani isu tersebut. Anda harus mempertimbangkan untuk menghantar anak remaja anda untuk penilaian oleh pakar kesihatan mental yang berlesen. Jika ubat dicadangkan, cuba dapatkan nasihat pakar psikiatri. Masalah seperti kemurungan klinikal adalah akibat ketidakseimbangan kimia dalam otak. Sehingga keadaan kimia otak anak anda diseimbangkan semula, kemurungannya mungkin tidak akan sembuh. Pakar psikiatri lebih faham tentang faedah dan risiko pelbagai ubat dan adalah pihak yang terbaik untuk memantau dan menyesuaikan ubat di mana perlu. Tetapi ingat, ubat dengan sendirinya tidak mencukupi untuk kanak-kanak yang bergelut dengan penyakit mental. Terdapat harapan untuk penyembuhan dalam terapi dengan pakar kesihatan mental yang bertauliah dan berlesen. Mendekati Orang Lain Jika anak anda mempunyai rakan yang bercakap tentang membunuh dirinya sendiri, berikut ialah beberapa perkara yang boleh dia lakukan untuk membantu: • Beritahu seseorang. Menyelamatkan nyawa rakan lebih penting daripada menyimpan rahsia. • Beritahu rakannya bahawa dia perlu bercakap dengan ibu bapa atau orang dewasa lain yang boleh dipercayai dan menyayanginya. Jika boleh, dia harus pergi bersama dan tidak meninggalkannya sehingga pasti bahawa rakannya berada di tangan yang baik. • Hubungkan rakannya dengan Focus on the Family Malaysia di talian 03-3310 0792. Sedarilah bahawa anak remaja anda mungkin mempunyai pelbagai emosi mengenai masalah rakannya. Dia mungkin bimbang atau tertanya-tanya sama ada masalah rakannya berpunca dari kesalahan anak anda. Atau, dia mungkin merasakan bahawa dia bertanggungjawab menyelamatkan nyawa rakannya. Beri anak remaja anda ruang yang selamat untuk meluahkan perasaannya. Ingatkan dia bahawa dia tidak dapat mengawal pemikiran atau tindakan rakannya. Beritahu dia bahawa ada harapan untuk sembuh dan mendekati rakannya adalah langkah pertama yang penting. Anak remaja anda perlu memperkenalkan rakannya kepada pembantu dewasa yang profesional. Dia perlu bebas daripada beban tanggungjawab dan rasa bersalah yang tidak berasas. Dia hanya boleh melakukan yang terbaik untuk menunjukkan rakannya ke arah yang betul. Bunuh diri adalah masalah yang patut diberi perhatian Bercakap mengenainya. Mulakan perbualan dengan soalan-soalan ini. Jadilah pemerhati • Adakah sesiapa memberitahu anda bahawa mereka mahu membunuh diri? Pernahkah anda mempunyai fikiran sedemikian? • Mengapakah anda fikir seseorang mahu membunuh dirinya? Jadilah pembina • Pada pendapat anda, apakah yang telah hilang dalam kehidupan seseorang jika mereka ingin melangkau ke tahap “permainan tamat”? Bagaimanakah anda boleh membantu seseorang mempunyai perasaan harga diri? • Bolehkah anda memikirkan cara untuk mendekati kanak-kanak yang kelihatan terasing? • Bagaimana anda tahu anda disayangi oleh keluarga? Bilakah anda berasa disayangi di rumah kami? Jadilah penyambung • Siapa yang anda rasa selamat untuk memberitahunya tentang pengalaman dan perasaan anda? Mengapa anda rasa mereka adalah orang yang terbaik untuk memahamimu? • Apakah yang boleh anda lakukan jika rakan mula bercakap tentang bunuh diri? Adakah anda percaya bahawa guru, kaunselor sekolah atau pengetua anda akan mengendalikan perkara ini dengan baik? © 2019 Focus on the Family. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin. Asalnya diterbitkan di focusonthefamily.com. 𝟕 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐭𝐬 𝐨𝐟 𝐄𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐏𝐚𝐫𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐦𝐞𝐧𝐭 (https://family.org.my/home/resources-all/resources-assessments/resources-assessment-parenting/take-free-parenting-assessment/) memberikan anda penilaian yang jujur tentang kekuatan unik yang harus diraikan dan bidang yang memerlukan tumpuan yang lebih. Ambil-lah penilaian percuma kami sekarang.2181
- Efesus 4:32 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·24 November 2021Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus.218
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#26) - Terakhir dan PenutupIn Manifesto Kerajaan Allah·5 February 2022ASAS UNTUK KEABADIAN PENYELAMATAN Kini, kita sampai ke kemuncak Khutbah di Atas Bukit oleh Tuhan Yesus. Tuhan Yesus memberi cabaran yang terpenting untuk orang yang percaya, iaitu murid-murid-Nya. Apa yang dikatakannya seakan-akan suatu panggilan “altar” pada akhir suatu khutbah - amaran dicampur dengan panggilan untuk pendengar memberi respon yang positif kepada apa yang telah diajar. Maka, dalam konteks yang sama, cabaran Tuhan Yesus juga ditujukan kepada kita semua yang telah “mendengar”khutbah-Nya. Di dalam Matius 7:13-27, Tuhan Yesus memberi cabaran yang tegas dan serius untuk membuat pilihan yang betul semasa hidup kita di dalam dunia ini. Sepanjang khutbah-Nya dia telah menjelaskan tentang manifesto kerajaan Allah untuk pemuridan yang sejati. Dalam pada itu, dia telah mengajar bahawa: Mereka yang hidup di dalam kerajaan Allah akan memiliki sikap hati yang indah secara ajaib, iaitu miskin kerohanian, bersedih, lemah lembut, lapar dan dahaga akan perbenaran, berpengasihan, suci hati, mendamaikan manusia, tabah dianiaya kerana kebenaran, taat kepada Yesus dalam penganiayaan. Sembilan sikap yang indah ini mempengaruhi apa yang berlaku di dalam hati mereka dan apa yang berlaku melalui perbuatan luaran mereka, supaya kesalihan mereka melebihi kesalihan orang Farisi, sesuai dengan keperluan untuk memasuki kerajaan Allah. Amalan ibadat dan kerja amal kita patut dilakukan dalam kerahsiaan hati kita supaya kita tidak menjadi angkuh dan bongkak. Kita lakukan segala-galanya untuk pemerhatian dan kemuliaan Allah sahaja, bukan untuk mendapat pujian dan penerimaan manusia. Di dalam hati kita, kita mesti mengasingkan takhta hanya untuk Allah. Ketuanan Yesus mesti eksklusif dan tidak boleh dikongsikan dengan sesiapa atau apa-apa di dalam dunia ini. Berdasarkan ini, Tuhan Yesus memberi cabaran yang tegas untuk membuat pilihan sama ada menjadi murid yang sejati di dalam kerajaan Allah atau murid yang palsu di luar kerajaan Allah! Perkara ini sangat serius kerana hal ini merupakan soal hidup yang kekal atau hukuman yang kekal. Terdapat hanya dua penghujung sahaja dan penentunya adalah keputusan yang kita buat semasa kita hidup di dalam dunia ini. Tolong baca apa yang Tuhan Yesus katakan di dalam petikan ini dengan seberapa serius yang anda mampu, kerana kita tahu bahawa Yesus menyampaikan seluruh khutbah ini, termasuk cabaran ini kepada murid-murid-Nya, iaitu orang yang percaya: 1Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. 2Dia pun mula mengajar mereka: (Matius 5:1-2, AVB) Maka, cabaran dan amaran yang diberikan oleh Tuhan Yesus sangat relevan kepada kita, orang yang percaya! 13"Masuklah melalui pintu yang sempit, kerana pintu gerbang dan jalan menuju kebinasaan itu lebar dan luas, maka ramai orang yang memilihnya. 14Sebaliknya, pintu dan jalan ke hidup kekal itu sempit dan sukar. Hanya segelintir orang yang menjumpainya." 15"Berjaga-jagalah tentang nabi palsu yang datang kepadamu dengan pakaian domba tetapi sebenarnya serigala ganas. 16Kamu akan mengenal orang daripada hasil perbuatan mereka. Pernahkah orang memetik buah anggur dari rimbunan berduri? Atau pernahkah buah ara dipetik dari semak berduri? 17Pokok yang subur menghasilkan buah yang baik manakala pokok yang tidak subur menghasilkan buah yang tidak baik. 18Pokok yang subur tidak mungkin menghasilkan buah yang tidak baik dan pokok yang tidak subur tidak mungkin menghasilkan buah yang baik. 19ASetiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang dan dibakar. 20Demikianlah kamu akan mengenal orang daripada hasil perbuatan mereka." 21"Tidak semua orang yang memanggil-Ku, 'Tuhan, Tuhan,' akan memasuki kerajaan syurga, tetapi hanya mereka yang melaksanakan kehendak Bapa-Ku yang di syurga. 22Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, 'Tuhan, Tuhan, bukankah kami telah bernubuat dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?' 23CTetapi Aku akan menjawab, 'Aku tidak mengenalmu. Nyahlah kamu dari sini, hai kamu yang mungkar.' " 24"Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bijak yang membina rumah di atas batu. 25Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, tetapi rumah itu tidak runtuh kerana berasaskan batu. 26Sesiapa yang mendengar tetapi tidak menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bodoh yang membina rumah di atas pasir. 27Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, lalu runtuhlah rumah itu, punah ranap!" (Matius 7:13-27, AVB) Tuhan Yesus membezakan antara dua jenis manusia yang saling berasingan. Pilihan #1: Hanya terdapat dua pintu gerbang. Pintu gerbang yang lebar dan luas (senang); RAMAI orang yang memilihnya, tidak masuk kerajaan Allah. Pintu gerbang yang sempit dan sukar; SEGELINTIR sahaja orang yang menjumpainya dan masuk kerajaan Allah. Pilihan #2: Hanya terdapat dua jalan untuk dijelajah. Jalan yang lebar dan luas (senang); RAMAI orang yang menempuhnya dan tidak maju atau bertumbuh sehingga mencapai hidup yang kekal. Jalan yang sempit dan sukar; SEGELINTIR sahaja orang yang menempuhnya dan maju atau bertumbuh sehingga mencapai hidup yang kekal. Pilihan #3: Hanya terdapat dua jenis pokok dengan buahnya. Pokok yang tidak subur dan tidak berbuah ialah orang yang mengakui tetapi mungkar atau tidak mematuhi perintah Yesus. Walaupun mereka begitu giat dalam pelayanan dan padat dengan aktiviti kekristianan, serta memanggil Yesus, “Tuhan,” namun hidup mereka tidak menunjukkan hati mereka benar-benar tunduk dan patuh kepada Yesus. Akhirnya, mereka dikutuk dan ditolak oleh Tuhan Yesus! (Tuhan Yesus akan mengisytiharkan dengan mengejut kepada orang sebegini, “Aku tidak mengenalmu. Nyahlah kamu daripada sini, hai kamu yang mungkar.” Pokok yang subur dan banyak buahnya ialah orang yang mengakui Yesus adalah Tuhan mereka, dan membuktikannya dengan mematuhi Yesus dalam hati, perbuatan dan gaya hidup mereka. Hidup mereka menunjukkan buah Roh dan buah pelayanan belas kasihan mereka kepada orang lain. Oleh sebab itu, mereka diterima oleh Tuhan Yesus. Pilihan #4: Hanya terdapat dua jenis asas rumah. Asas rumah yang dibina di atas pasir akan runtuh dan dihanyutkan apabila hujan ribut dan banjir melanda, iaitu masa kesusahan, pencubaan dan penganiayaan berlaku. Dalam kata lain, mereka meninggalkan iman mereka dan murtad. Asas rumah yang dibina di atas batu akan berdiri teguh walaupun hujan ribut dan banjir melanda, iaitu masa kesusahan, pencubaan dan penganiayaan berlaku. Mereka bertahan ke saat akhir (Matius 24:13) dan setia sampai mati (Wahyu 2:10), dan dikenali sebagai mereka yang menang. Di dalam buku Wahyu, Tuhan Yesus telah menulis tujuh pucuk surat kepada tujuh buah gereja di Daerah Asia Minor. Di dalam setiap surat, Dia telah memberi satu janji kepada setiap gereja itu jika mereka bertahan dan menjadi orang yang menang. Dalam pada itu, kita boleh ketahui apakah harta di syurga dan warisan yang dijanjikan kepada mereka yang menang. Harta di syurga dan warisan yang pertama adalah penyelamatan yang kekal: 11Mereka yang menang tidak akan mengalami sengsara kematian yang kedua. (Wahyu 2:11, AVB) 5Kepada yang menang akan dapat berpakaian putih seperti itu dan Aku tidak akan memadamkan nama mereka dari Kitab Hidup. Aku akan mengakui mereka sebagai milik-Ku di hadirat Bapa-Ku dan di hadapan para malaikat-Nya. (Wahyu 3:5, AVB) Pada masa mereka beralih daripada kematian kepada hidup bersama-sama Kristus di firdaus, mereka dijamin penyelamatan yang kekal dan tidak akan dihukum lagi. Harta di syurga dan warisan yang kedua adalah hidup yang kekal: 7Kepada yang menang akan Kuizinkan makan buah dari pokok hayat di Taman Firdaus Allah." (Wahyu 2:7. AVB) 17Aku akan memberikan sebahagian manna yang tersembunyi kepada sesiapa yang menang. Juga Aku akan memberinya batu putih yang bertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh sesiapa selain penerimanya." (Wahyu 2:17, AVB) 12Aku akan menjadikan dia yang menang seperti tiang di Bait Suci Allah-Ku dan dia akan tetap tinggal di situ. Aku akan menulis pada dirinya nama Allah dan Kota Allah, iaitu Yerusalem baru yang akan diturunkan Allah dari syurga, juga nama-Ku yang baru. (Wahyu 3:12, AVB) Gambaran perbuatan memakan buah dari pokok hayat di Taman Firdaus Allah, dan memakan manna yang tersembunyi merupakan cara Alkitab menerangkan hidup kekal yang diwarisi untuk selama-lamanya. Kita dibenarkan hidup di dalam hadirat Allah yang suci dan mulia, iaitu berada di Bait Suci Allah di syurga di atas di bumi yang baru. Di situlah kita akan tetap tinggal bersama-sama Allah sebagai hidup yang kekal. Harta di syurga dan warisan yang ketiga ialah kita akan diamanahkan untuk memerintah bersama-sama dengan Kristus: 26Kepada yang menang dan melakukan kehendak-Ku sampai akhir akan Kuanugerahi kekuasaan ke atas bangsa-bangsa. 27'Dia akan memerintah mereka dengan tongkat besi kerajaan dan meremukkan mereka seperti tembikar' – seiring dengan kekuasaan yang telah Kuterima daripada Bapa-Ku. 28Aku akan menganugerahi mereka bintang fajar. (Wahyu 2:26-28, AVB) 21Aku akan membenarkan mereka yang menang duduk di atas takhta-Ku, seperti Aku yang telah menang kini duduk di sisi Bapa-Ku di atas takhta-Nya. (Wahyu 3:21, AVB) Kita tidak pasti dalam bentuk apa pemerintahan ini akan berlaku, tetapi saya pasti kita akan sangat bersyukur diberi kepercayaan yang begitu besar oleh Tuhan. Identiti kita sebagai anak-anak Allah yang memerintah bersama-sama dengan Kristus merupakan berkat yang besar dan tidak terhingga. Oleh sebab itu, kita tidak mahu membuat pilihan yang salah semasa kita masih hidup di dalam dunia ini. Langkah salah akan menyebabkan kerugian yang tidak terhingga. Kita sudah mendengar berita baik Injil, maka jangan membuang semua harta di syurga dan warisan kekal dengan menjadi orang yang mungkar. Jangan jadi begitu bodoh menukarkan harta di syurga dengan harta di dunia fana ini. Nilai harta kita di bumi tidak boleh dibandingkan dengan nilai tidak terhingga harta kita di syurga. Paulus mengatakan: 18Aku menganggap bahawa penderitaan kita sekarang terlalu kecil untuk dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan kepada kita. (Roma 8:18. AVB) Sememangnya, benda-benda sementara di dunia ini terlalu kecil untuk dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan apabila kita menerima harta di syurga dan warisan yang kekal. Sehingga itu berlaku, marilah kita tetap berdoa supaya kita bertekad masuk melalui pintu gerbang yang sempit dan sukar, serta menjelajah jalan yang sempit dan sukar sehingga kita melengkapkan perjalanan kita di dunia ini dengan mencapai kemenangan. Mari kita berdoa bahawa kita akan menjadi pokok yang subur dengan banyak buah di dalam hidup kita di dunia ini. Mari kita memilih untuk mendirikan asas rumah hidup kita di atas batu yang kukuh, iaitu berdasarkan kerja Tuhan Yesus untuk kita yang sempurna, supaya kita akan tetap bersama-sama dia sekarang dan selama-lamanya. Segala ini, kita berdoa mengikut doa yang diajarkan oleh Yesus kepada kita: 9Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. 11Berilah kami makanan untuk hari ini. 12Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.' (Matius 6:9-13, AVB) Dengan demikian, kita akan memenuhi manifesto kerajaan Allah dan menjadi murid Yesus yang sejati. Kita akan selalu rindu untuk mendengar suara Yesus yang mengatakan: 23'Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit. Aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.' (Matius 25:23, AVB) 34 'Marilah, kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku! Warisilah kerajaan yang telah disediakan untukmu sejak dunia dicipta. (Matius 25:34, AVB) Betapa indahnya saat itu apabila kita menamatkan larian hidup kita sebagai pemenang: 24Sebagaimana kamu tahu, dalam lumba lari, semua peserta mengambil bahagian tetapi hanya seorang yang mendapat hadiah. Oleh yang demikian, berlarilah, hingga menerima hadiah. (1 Korintus 9:24, AVB) 13Saudara-saudara, aku tidak menganggap diriku telah dapat mengambilnya, tetapi satu perkara kulakukan: Melupakan segala yang di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan, 14aku terus berusaha ke arah matlamat mendapatkan ganjaran, iaitu panggilan Allah ke syurga dalam Kristus Yesus. (Filipi 3:13-14, AVB) 7Aku telah berjuang dalam perjuangan mulia ini, aku telah sampai ke garis akhir, aku telah setia dalam iman. (2 Timotius 4:7, AVB) 1Oleh itu kita juga, yang dikelilingi dengan sebegitu ramainya saksi, hendaklah menjauhi beban dan dosa yang amat mudah menjerat kita, dan berlari dengan gigih dalam perlumbaan yang ditentukan bagi kita. 2Marilah kita mengarahkan mata kita kepada Yesus, Pelopor dan Penyempurna iman kita. Untuk kebahagiaan yang ditentukan bagi-Nya, Dia telah menanggung seksa salib, tanpa menghiraukan pengaiban itu, dan sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah. (Ibrani 12:1-2, AVB) Jom saudara dan saudari! Mari kita jumpa di garis penamat sebagai orang yang menang! Amin. (Nota: Dengan demikian, kita telah menyempurnakan siri “Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati.” Kepada saudara dan saudari yang telah mengikuti siri ini dengan setia, saya berdoa semoga anda memperolehi pertumbuhan iman yang ajaib kerana kerja Roh Kudus di dalam hidupmu. Shalom!)2127
- Mengatasi Masalah Belanja BerlebihanIn Keluarga·23 August 2021Mengatasi Masalah Belanja Berlebihan Oleh Jen Weaver Saya suka membelanjakan wang. Ya, saya sudah mengaku. Masalah belanja berlebihan telah lama menjadi masalah dalam perkahwinan saya. Tidak kira sama ada saya membeli perkakas rumah, sepasang kasut atau hadiah baru untuk rakan. Ada sesuatu tentang meninggalkan kedai dengan beg barang yang membuat saya berasa hangat dan 'pusing kepala'. Masalahnya bertambah hebat kerana suami saya, Jared, juga gemar membeli-belah ... dan kedai-kedai tidak memerlukan wang sebenar. Bank akhirnya datang untuk mendapatkan wang, tetapi amat mudah untuk mendapatkan pinjaman dengan menandatangan dengan pen elektronik. Jared dan saya menghabiskan bulan pertama perkahwinan kami dengan perbelanjaan yang tinggi. Hujung minggu dianggap sebagai hari untuk membelanjakan wang. Kami tidak pandai memasak, jadi kami akan makan dalam perjalanan ke pusat membeli-belah dan menonton wayang. Kami bukan boros – selalu membeli jenama terkenal atau barang berharga tinggi – tetapi membeli-belah berulang kali membawa kepada jumlah yang besar, walaupun kami memburu "tawaran yang menarik." Kira-kira setahun selepas perkahwinan, kami menilai keadaan kami dan mendapati kami menghadapi masalah besar akibat perbelanjaan kami. Kami hampir tidak dapat membuat pembayaran minimum untuk kad kredit kami yang banyak. Kami hidup dari gaji ke gaji. Tetapi yang paling teruk ialah hubungan kita yang tidak sihat dengan wang berasa normal. Kami melihatnya sebagai barang untuk digunakan, bukan sumber untuk diurus dengan baik. Hasilnya, kitaran pendapatan-perbelanjaan kami tidak pernah berakhir kerana (tiada kejutan di sini) kami selalu menemui sesuatu yang baru untuk dibeli. Syukurlah, setelah menyedari gaya hidup ini menyekat matlamat jangka panjang kami, kami mula membina tabiat kewangan yang sihat: Kami menghadapi masalah perbelanjaan kami bersama-sama Tekanan kewangan selalunya boleh menyebabkan masalah yang mendalam untuk perkahwinan. Kekurangan dana, perbelanjaan yang buruk, matlamat kewangan yang berbeza atau pertengkaran mengenai isu-isu ini boleh menyebabkan tekanan. Berbincang mengenai masalah ini adalah penting supaya anda dapat mengelakkan tekanan yang berkaitan dengan masalah perbelanjaan. Jared dan saya merancang belanjawan kami bersama-sama dan selalu berbincang mengenai impian dan keputusan kewangan. Kami menyedari tabiat tidak sihat kami, mengaku tanggungjawab kami yang menimbulkan masalah tersebut dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bersama-sama. Kami menetapkan objektif strategik dengan ganjaran jangka panjang yang menyeronokkan Pada saat kami menyedari bahawa kami mempunyai masalah perbelanjaan, kami terpaksa berhadapan dengan pinjaman sekolah dan pembayaran kereta. Tidaklah mudah untuk berubah, jadi kita mengatur langkah kami dan mengambil langkah perlahan-lahan – seperti langkah bayi – untuk mengawal perbelanjaan kami. Tetapi kami juga menyedari bahawa belanjawan yang ketat tidak akan bertahan tanpa ganjaran yang menggembirakan. Jared dan saya telah membentuk sebuah belanjawan yang membolehkan kami hidup di dalam kemampuan kami, melunaskan hutang dan menabung wang cukup untuk bercuti sebulan di luar negara. Selepas dua tahun perancangan dan disiplin kewangan, kami akhirnya mencapai matlamat kami. Kami menemui kaedah murah (atau percuma) untuk mengawasi matlamat kami Mengatasi masalah hutang memerlukan masa. Tetapi semasa anda berusaha mengatasinya, jangan lupa menikmati hidup. Jared dan saya menggunakan musim ini untuk membina daya kreatif kami dengan merancang malam temu janji dan makan angin yang percuma atau murah: Menghadiri aktiviti percuma di pusat komuniti, acara kejiranan atau tutorial dalam talian Meluangkan masa dengan rakan-rakan dan bukannya keluar malam Menelaah buku pengembaraan atau buku panduan memasak di perpustakaan tempatan atau di kedai buku Menonton filem atas talian yang mana penggambarannya dibuat di tempat percutian impian kami Meraikan kemenangan kecil - seperti membayar kad kredit Kami juga memperuntukkan dana untuk upacara khas untuk memperingati hari jadi dan ulang tahun tanpa meninggalkan matlamat kami. Kami membuat pembelian yang menyumbang kepada ganjaran kami Kami sangat menikmati pengalaman membeli barang-barang yang kami perlukan untuk percutian Eropah kami. Kami telah mencipta senarai barang perjalanan yang berguna – beg galas, pakaian perjalanan, kamera dan pas muzium. Kemudian, kami mencari tawaran terbaik. Ketika kami membeli item, ia adalah kerana kami telah merancang dan menganggarkan untuk menyumbang ke arah ganjaran muktamad kami dan bukannya mengumpulkan barang-barang yang dibeli sesuka hati. Kami menggantikan keseronokan perbelanjaan dengan keseronokan menabung Walaupun saya tidak menyedarinya, "keseronokan memburu" telah menyebabkan kebanyakan masalah perbelanjaan saya. Saya ingin mencari barang yang paling sesuai dengan harga terbaik, mencapai kemenangan dan kemudian menikmati keterujaan di otak saya. Oleh kerana saya sekarang menumpukan perhatian pada belanjawan saya, saya kini gemar mencari kaedah kreatif untuk berjimat. Saya telah membuat sampul surat "simpanan rahsia" dan apabila saya tidak membelanjakan sepenuhnya wang yang diperuntukkan dalam satu kategori, saya akan memindahkan wang yang berlebihan ke dalam fail simpanan rahsia kami dan meraikan kejayaan tersebut. Kami mengambil pandangan terhadap wang yang lebih sihat Saya memulakan rencana ini dengan mengaku bahawa saya gemar membelanjakan wang, dan itu masih benar. Namun demikian, lambat laun saya telah belajar memberi penjelasan munasabah mengenai sikap berbelanja. Saya suka membelanjakan wang dengan bijak, jadi itu bermaksud saya juga suka mengurus wang dengan cermat. Walaupun saya telah berkongsi nasihat mengenai cara praktikal untuk berbelanja dan berjimat, saya juga perlu menyatakan bahawa perjalanan keluarga saya bermula dengan memahami mengapa kami mahu menguruskan wang kami dengan lebih baik. Jared dan saya mahukan tabungan untuk menghadapi krisis dan wang simpanan untuk mencipta kenangan keluarga yang manis. Kami tidak mahu berasa tertekan apabila bil yang besar tiba atau merasakan ‘tekanan dompet’ yang membebankan dengan kad kredit yang ada hutang maksimum. Kami mahu wang simpanan yang mencukupi untuk mengejar impian dan melabur dalam masa depan anak-anak kami. Oleh itu, untuk menjadikannya suatu kenyataan, kita harus menganggap wang sebagai sumber untuk diurus secara jangka masa panjang dan bukan hanya sesuatu yang boleh dibelanjakan dalam jangka masa terdekat. Perspektif baru ini juga membantu kami menyesuaikan gaya hidup kita. Sebagai pasangan suami isteri berusia 20-an, kami telah berbelanja jauh di luar kemampuan kami. Sekarang kami melihat matlamat jangka masa panjang dan hidup dengan sederhana agar kita dapat hidup dengan selesa kelak. Pilihan ini menjadikannya lebih mudah untuk berjimat untuk salah satu ganjaran kami iaitu cuti di Eropah – kejimatan yang berpunca dari pengubahan tempat penginapan dari hotel ke asrama dan restoran mewah ke tempat persinggahan yang mempunyai reputasi yang baik. Walaupun saya ingin dapat memberitahu anda bahawa langkah-langkah ini merupakan penyelesaian lengkap untuk masalah perbelanjaan kami yang tidak sihat, hakikatnya ia hanya suatu permulaan. Saya juga dapat memberitahu anda bahawa: • Kami tidak pernah menyesali tabiat kewangan jangka panjang kami. Perkahwinan kami menjadi lebih baik oleh kerananya. • Menghapuskan kad kredit yang sudah dibayar membebaskan saya dari beban yang tidak disedari. • Perjalanan ‘backpacking’ kami ke Eropah menjadikan kenangan itu lebih manis. Sama ada tujuan anda ialah bercuti, mencapai matlamat keluarga atau dompet yang bebas dari kad kredit, ingat: Anda boleh lakukannya. Saya dan suami dulunya menikmati membelanjakan wang. Kami masih begitu. Tetapi sekarang, masalah perbelanjaan digantikan dengan rancangan perbelanjaan kami. Dan kami tahu bahawa rancangan itu menimbulkan perbezaan yang besar dalam hidup kami. © 2020 Jen Weaver. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin. Asalnya diterbitkan di focusonthefamily.com.2158
- Layar Kehidupan MuIn Inspirasi & Renungan·3 May 2023Janganlah putus asa atau terlalu cepat menyerah.. Namun, berdoalah sampai kita menerima apa yang Tuhan Yesus sediakan dan rangcangkan untuk kita..2111
- 10 Cara Membantu Perkahwinan Kawan yang menghadapi MasalahIn Keluarga·5 September 2021oleh Mitch Temple Agak biasa untuk kami mengenali seseorang yang perkahwinannya menghadapi masalah dan kami tidak pasti bagaimana menolongnya. 10 petua praktikal ini akan membantu anda mula membantu orang lain. Adakah anda tertanya-tanya bagaimana anda dapat menolong rakan dan ahli keluarga yang menghadapi masalah dalam perkahwinan? Berikut adalah beberapa petua dan sumber yang diuji masa untuk menjauhkan mereka dari mahkamah perceraian dan mencapai perdamaian. 1) Dengar. Mendengar bukan bermaksud sekadar mendengar sahaja. Ini melibatkan empati, berusaha memahami, dan menunjukkan minat yang sejati. 2) Jangan beri nasihat. Tugas utama anda adalah mendengar. Biarkan kaunselor atau pembimbing yang memberi nasihat. 3) Jangan memburukkan lagi masalah. Jangan biarkan sokongan anda dilihat sebagai dorongan untuk menyerah kalah atau bercerai. Tugas anda adalah membantu menolong mereka mencari pertolongan dan perdamaian yang betul (Sekiranya ketagihan atau penderaan terlibat, pastikan mereka selamat dan mendapat bantuan profesional yang mereka perlukan). 4) Bantu mereka berfikir di ‘luar kotak’ perceraian. Buku-buku dapat memberikan pasangan bahan kaji selidik dan nasihat praktikal untuk membantu mereka mempertimbangkan fakta-fakta mengenai perceraian dan bagaimana mendapatkan bantuan yang mereka perlukan untuk perkahwinan mereka. 5) Galakkan mereka. Hantar e-mel dan kad nota yang menggalakkan. 6) Bantu mereka mencari pertolongan yang sesuai. Dapatkan kaunselor berlesen yang baik di tempat tinggal mereka atau minta rujukan dari doktor anda. Focus on the Family Malaysia menawarkan khidmat rundingan kaunseling percuma (sila hubungi mereka di 03 - 7954 7920). 7) Hubungkan mereka dengan pasangan pembimbing. Sekiranya anda tidak berkelayakan untuk menolong, hubungi kaunselor atau pembimbing anda untuk mengesyorkan pasangan yang lebih tua yang bersedia membimbing pasangan yang lebih muda. 8) Rujuk mereka ke laman web yang dapat membantu mereka. Laman web menawarkan beratus-ratus artikel, nasihat praktikal dan sumber mengenai pelbagai masalah perkahwinan. 9) Galakkan mereka menyelesaikan masalah dan jangan hanya berharap masalah akan diselesaikan dengan sendirinya. Focus on the Family Malaysia menawarkan ‘pemeriksaan perkahwinan’ dalam talian yang dikenali sebagai program Prepare-Enrich yang mengukur lebih daripada 18 bidang utama perkahwinan - mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Ini adalah tempat yang baik untuk pasangan mula berusaha membaiki perkahwinan mereka selain daripada bekerja dengan kaunselor profesional. 10) Rujukkan mereka kepada buku dan seminar yang bagus. Cari buku atau seminar yang dapat memberikan galakan dan arahan yang diperlukan. Hak Cipta © 2008, Focus on the Family Malaysia. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa dijamin.2158
bottom of page








