Support Us
Support Us
Cari
3262 results found with an empty search
- Mengapa Kita Boleh Menghadapi Masa Hadapan Tanpa Takut?
“Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku, dan aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya.” (Mazmur 23:6 AVB) Satu hari nanti hidup kita di dunia ini akan berakhir, tetapi kita tidak akan berakhir. Kita akan hidup selama-lamanya samada di syurga atau neraka. Tubuh kita akan mati, tetapi roh kita akan hidup selama-lamanya. Alkitab menyatakan kita orang-orang Kristian adalah golongan orang yang paling yakin untuk masa hadapan kita. “Oleh itu, kami sentiasa yakin. Kami tahu bahawa selagi kami mendiami tubuh ini, kami masih jauh daripada Tuhan; Sebabnya kami hidup dengan iman, bukan dengan penglihatan. Kami sentiasa yakin. Sebenarnya kami lebih suka jika dipisahkan dari tubuh ini dan tinggal bersama Tuhan.” (2 Korintus 5:6-8 AVB) Kita tidak akan tahu bagaimana untuk hidup, hingga kita bersedia untuk mati di bumi ini. Maksudnya, jikalau kita tidak bersedia untuk mati di bumi ini, kita tidak akan tahu bagaimana untuk hidup di dunia ini. Kehidupan di dunia adalah persiapan kita untuk hidup yang berkekalan. Apabila kita bekerja di marketplace, kita tahu hala tuju kita ialah yang berkekalan. Kita semua akan bersara dan mati di dunia ini. Jikalau kita menerima Yesus Kristus sebagai juru selamat, kita akan masuk syurga, “aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya.” (Mazmur 23:6b) Di syurga, kita tidak akan ada lagi tangisan, kesedihan, kematian, kesakitan dsb. “Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap."” (Wahyu 21:4 AVB) Untuk kita sebagai orang Kristian, kematian adalah satu “transfer” - satu “promosi”. Kita akan pergi ke satu tempat yang lebih baik. Kebenaran ini akan menukar segala yang kita lakukan sekarang. Ini tidak bermakna hidup di dunia ini akan menjadi senang. Ia tidak bermakna kita akan gembira setiap hari atau tidak bermakna kita tidak akan berdosa lagi. Tetapi ini bermakna, kita boleh menghadapi masa hadapan tanpa takut. Tuhan telah menyelesaikan masalah kita yang paling besar - keselamatan kita (salvation). Dia tidak akan meninggalkan kita dan dia akan hidup bersama dengan kita selama-lamanya. Alkitab mengatakan bahawa kita akan pergi ke syurga dengan meletakan kepercayaan kita kepada Yesus Kristus. Kita tidak boleh pergi ke syurga dengan usaha kita sendiri. “Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah.” (Efesus 2:8-9 AVB) Jikalau kita bersedia menerima Yesus sebagai Juru Selamat, mari kita mulakan doa ini. Tuhan, Engkau telah berjanji, jikalau saya mempercayai Yesus Kristus, setiap apa yang saya lakukan yang lepas akan diampuni. Saya mengaku bahawa saya telah berdosa. Saya minta pengampunan Tuhan. Saya percaya bahawa Yesus telah mati dan bangkit untuk menebus dosa saya. Pimpin hidup saya. Di dalam nama Yesus saya berdoa. Amen.
- Berdiri Teguh 1
Oleh Pr Andy Anyi
- Berdoa Untuk Keluarga
Ayat firman Tuhan: Efesus 5:22-33 (AVB) Isteri, tunduklah kepada suamimu seperti kepada Tuhan. Kerana suami adalah kepala kepada isteri sebagaimana Kristus kepala jemaah dan Penyelamat tubuh itu. Oleh itu, sebagaimana jemaah tunduk kepada Kristus, begitulah juga isteri terhadap suaminya dalam segala hal. Suami, kasihilah isterimu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah dan menyerahkan diri-Nya untuk jemaah. Dengan demikian, Dia dapat menyucikan dan membersihkan jemaah dengan air melalui firman, dan menghadapkannya kepada diri-Nya sebagai jemaah yang mulia, tanpa cela atau kerut, tetapi suci dan tidak bercela. Demikian juga, suami harus mengasihi isterinya seperti tubuhnya, lelaki yang mengasihi isterinya itu mengasihi dirinya sendiri. Tiada sesiapa pun pernah membenci tubuhnya sendiri, tetapi memelihara dan menyayanginya, seperti yang dilakukan oleh Kristus kepada jemaah – kerana kita adalah anggota tubuh-Nya. “Oleh sebab itu, seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka berdua menjadi satu.” Ini adalah suatu rahsia besar – tetapi aku bercakap tentang Kristus dan jemaah. Walau bagaimanapun, setiap orang daripada kamu hendaklah mengasihi isterinya seperti dirinya sendiri, dan isteri hendaklah menghormati suaminya. Efesus 6:1 (AVB) Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam Tuhan, kerana ini adalah wajar. Perkara Doa: 1. Sepakat berdoa untuk isteri 2. Sepakat berdoa untuk suami 3. Sepakat berdoa untuk anak-anak. Doa: “Bapa kami di syurga, dikuduskanlah nama-Mu. Ditinggikanlah nama-Mu sebab Engkau maha Tinggi. Dimuliakanlah nama-Mu sebab Engkau maha mulia. Dibesarkanlah nama-Mu sebab Engkau maha besar. Kami bersyukur atas kesempatan hidup pada hari ini. Bapa, kerajaan-Mu datanglah, kehendak-Mu jadilah di bumi, dalam keluarga seperti di syurga. Bapa, adalah kehendak-Mu supaya isteri tunduk kepada suami. Adalah kehendak-Mu supaya isteri menghormati suaminya. Kami memohon kepada-Mu supaya Roh-Mu yang bekerja dalam hati isteri agar mereka mengerti betapa pentingnya isteri tunduk kepada suami seperti mana dalam firman-Mu. Biarlah damai-Mu memenuhi hati mereka agar tetap tenang dan tabah sama ada berdampingan suami yang telah mengenal-Mu dan belum mengenal-Mu. Sehingga melalui kehidupan yang ramah dan lemah lembut serta penuh kasih, yang lahir dari roh yang telah dibaharui akan membuat suaminya yang belum mengenal-Mu akan percaya kepada-Mu sebagai Tuhan dan Juruselamat peribadi. Bagi suami yang mengenal Engkau, mereka benar-benar menyedari betapa pentingnya dan besarnya peranan isteri dalam hidup mereka. Bapa, sebagaimana firman-Mu agar suami mengasihi isteri, kami memohon. Kami memohon kepada-Mu supaya Roh-Mu yang berkerja dalam hati suami. Biarlah kasih-Mu Bapa mengalir dalam hati suami agar suami mengasihi isterinya seperti Tuhan mengasih jemaah -Mu. Kiranya Engkau membuat mereka mengerti peranan suami sebagai pelindung, pembela, sahabat dan pemberi nafkah kepada isteri dan keluarga. Kiranya hati mereka dipenuhi kasih sehingga mereka memperlakukan isteri mereka dengan ramah, lembut dan bukan dengan kasar atau kekerasan. Kiranya mereka saling mengasihi dan saling menghargai. Bapa, kami juga berdoa untuk anak-anak. Tuhan, tolonglah anak-anak agar mentaati orang tua mereka di dalam Tuhan. Kami memohon supaya Roh-Mulah yang menjamah hati anak-anak dan melembutkan hati mereka sehingga anak-anak rela dan mudah dididik dengan ajaran Kristus. Kiranya Engkau yang membuat hati para bapa berbalik atau bersatu dengan hati anak supaya saling mengasihi. Biarlah berkat kehidupan turun ke atas keluarga yang mengasihi-Mu, mengasihi sesama dan hidup rukun. Terpujilah nama-Mu.. Di dalam nama Yesus Kristus, amin. Pr Hamjah @ Hamzah Sabin
- Bagaimana Mempraktikkan Belas Kasihan Di Marketplace?
“Sebaliknya, apabila seseorang memiliki kebijaksanaan yang berasal dari syurga, maka dia bersifat murni, mencintai kedamaian, lemah lembut dan ramah-tamah. Dia juga bersikap belas kasihan serta mengamalkan segala jenis perbuatan baik. Dia tidak bersikap berat sebelah dan tidak munafik atau bertalam dua muka.” (Yakobus 3:17 AVB) Kita yang memiliki kebijaksanaan yang datang dari syurga, akan mempunyai belas kasihan. Belas kasihan adalah seperti batu permata yang mempunyai pelbagai perspektif. Kita akan melihat 7 aspek belas kasihan. Jikalau kita belajar mempraktikkan belas kasihan, ia akan mentransformasikan perhubungan kita di tempat pekerjaan kita. Kita dipanggil untuk menjadi berkat di tempat kerja kita. Belas kasihan adalah penting untuk kita menjadi ajen perubahan dan ajen berkat. (1) Belas kasihan bermakna kita sabar dengan karenah orang di tempat kerja. Yakobus 3:17 menyatakan lebih kita menjadi bijak, lebih kita menjadi sabar dan berbelas kasihan. Kita akan mengamalkan segala jenis perbuatan baik. Di tempat kerja, rakan-rakan sepekerjaan kita mempunyai pelbagai jenis karenah. Dan oleh itu, kesabaran akan membolehkan kita mengekalkan perhubungan kita dengan mereka. Lebih daripada itu, mereka akan melihat sesuatu yang istimewa di dalam kita. (2) Belas kasihan bermakna kita menolong mereka yang luka hati (hurting). Kita tidak boleh mengasihi sesama manusia, tanpa kita menunjukkan belas kasihan. Tuhan yang menunjukkan kita belas kasihan, bagaimana mungkin kita tidak menunjukkan belas kasihan kepada mereka yang lain. Terutama sekali mereka yang terluka. Manusia adalah tidak sempurna dan apabila manusia bekerja bersama-sama di dalam satu kumpulan, mesti adanya orang yang dilukai dengan perkataan atau perbuatan. “Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut menerimanya, ketika engkau mampu melakukannya.” (Amsal 3:27 AVB) Jangan kita kedekut dengan berbuat baik, terutama sekali apabila kita mampu melakukannya. Memberikan belas kasihan kepada mereka yang luka hati, adalah sesuatu yang mampu kita lakukan. (3) Belas kasihan bermakna kita memberikan orang lain peluang yang kedua. (Second Chance). Apabila orang lain menyakiti hati kita, kita akan kebiasaannya, akan membalas dendam dan menghapus kita seseorang tersebut. Tetapi Alkitab menyatakan untuk kita menunjukkan belas kasihan dan mengampuni orang lain. “Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus.” (Efesus 4:31-32 AVB) Ya, bukan senang untuk kita melakukan yang di atas, tetapi, dengan pertolongan Roh Kudus di marketplace, kita boleh melakukannya. (4) Belas kasihan bermakna berbuat baik kepada mereka yang melukai kita. Belas kasihan adalah memberikan apa yang diperlukan dan BUKAN apa yang patut mereka terima. Mengapa harus kita lakukan sebegitu ? Kerana Tuhan telah melakukannya kepada kita. “Tetapi kamu hendaklah mengasihi musuhmu; kamu hendaklah berbuat baik kepadanya dan kamu hendaklah meminjami orang dengan tidak mengharapkan apa-apa. Besarlah ganjaranmu kelak dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi kerana Dia baik kepada orang yang tidak mengenang jasa dan kepada orang zalim. Kamu hendaklah berbelas kasihan seperti Bapamu yang berbelas kasihan." (Lukas 6:35-36 AVB) (5) Belas Kasihan bermakna menjadi baik hati kepada mereka yang jahat kepada kita Kita harus mementingkan memenangi seseorang kepada Tuhan daripada kita memenangi perdebatan kita. “Berusahalah menyelamatkan orang daripada api. Namun demikian, tunjukkan belas kasihan sesama manusia dengan gentar. Bahkan bencilah pakaian mereka yang dinodai oleh hawa nafsu duniawi.” (Yudas 1:23 AVB) (6) Belas kasihan bermakna membina jambatan kasih kepada mereka yang tidak popular. Ini bermakna kita dengan sengaja membina jambatan kepada mereka yang tidak mempunyai kawan di tempat pekerjaan kita. Mungkin mereka tidak di terima oleh rakan sepekerja atau masyarakat. Apabila orang Farisi bertanya soalan mengapa Yesus makan bersama dengan pemungut cukai dan orang-orang yang tidak popular. “Kajilah erti ayat ini: 'Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban sembelihan.' Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa." (Matius 9:13 AVB) (7) Belas kasihan bermakna mementingkan perhubungan daripada hukum. “Kasih tidak berbuat jahat kepada sesama manusia. Oleh itu, kasih memenuhi hukum.” (Roma 13:10 AVB) Jikalau kita mahu menunjukkan belas kasihan, kita mementingkan orang daripada polisi. Kita mementingkan keperluan seseorang daripada prosedur. Kita mementingkan orang daripada peraturan. Kita memilih kasih lebih daripada hukum (law). Renungan : Apakah kita lebih cenderung kepada memenangi perdebatan atau memenangi orang untuk Kristus? Apakah yang boleh kita lakukan hari ini untuk menunjukkan belas kasihan untuk rakan sepekerja kita ?
- Tuhan Sentiasa Memuaskan Hati Kita
“….Engkau telah memenuhi segala hasrat hatinya; Engkau telah mengabulkan permintaannya… Maz 21:3 Pemazmur berkata tentang doanya untuk raja agar Tuhan terus melindungi dan membuatnya makmur sentiasa. Namun Allah memberikan kepada raja apa yang dikehendakinya dan apa yang dia minta dengan sangat memuaskan hatinya. Bagi Tuhan, Dia sentiasa mendengar permohonan orang yang dekat denganNya, sehingga apa yang menjadi keinginan dalam hatinya Tuhan telah karuniakan kepadanya, dan permintaan bibirnya tidak pernah ditolak olehNya. Oleh itu, kehidupan pribadi pemazmur secara jasmani, rohani dan harta benda dipenuhi olehNya, semuanya sangat memuaskan hatinya. Sehingga Allah menyebabkan setiap usahanya berhasilan. yang dicapai selalu berasal dari Allah. Kejayaan yang dicapaikan oleh seorang raja adalah berasal daripada Tuhan dan hidup yang berpusat kepada Allah. Oleh itu selagi Tuhan bersama-sama dengan kita, selama itulah Tuhan akan memenuhi setiap keinginan hati kita. Dia tahu bila dan bagaimana untuk menolong diri kita sepertia yang dialami oleh pemazmur ini. Apakah anda hidup yang berpusat kepada Allah hari ini? Doa: Bapa yang di surga, ajar saya untuk menjalani kehidupan yang berpusat kepadaMu setiap hari.. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie
- Apabila Impian Musnah
Oleh Pr Andy Anyi
- Apa yang Kita Banggakan dalam Hidup ini?
“...Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka, yang lain kepada kuda mereka, tetapi kita yakin akan kuasa TUHAN, Allah kita.…Maz 20:7 Pemazmur berkata bahawa yterdapat beberapa orang yang mengandalkan dan bermegah kepada jumlah kereta kuda perang dan tentara mereka yang dimiliki, namun bagi orang yang percaya yang mereka banggakan adalah memiliki TUHAN Allah dalam hidupnya. Oleh itu pemazmur menyediakan perbezaan diantara hal keyakinan orang-orang duniawi ini dan orang-orang yang percaya kepada Tuhan (Maz 20:7). Dimana orang dunia ini mereka sangat bermegah dengan banyaknya kereta kuda mereka bawa di dalam pertempuran. Sebab mereka meletakkan segala keyakinan dan pergantungan mereka pada hal-hal duniawi namun bagi orang yang percaya kepada Tuhan mereka hanya meletakkan keyakinan dan pergantungan mereka hanya kepada Tuhan. Hal ini berkata kepada kita tentang Raja Daud sewaktu menghadapi pasukan Siria, Dia berkata “…Akan tetapi,” ujar bangsa Israel, “kami tidak memiliki kereta dan kuda yang dapat kami andalkan, dan tidak juga kami menginginkan semuanya itu, (2 Sam 8:4; 10:18). Daud menghadapi mereka dengan bergantung kepada Tuhan dan Tuhan memberikan kepadanya kemenangan Daud ke atas bangsa Siria, yang miliki banyak kereta dan pasukan berkuda. Bagaimana dengan diri anda hari ini, dimanakah anda meletakkan keyakinan anda? Apakah anda meletakkan keyakinan anda pada hal-hal dunia ini? Memiliki hal-hal dunia ini tidak salah namun pertanyaannya dimanakah anda menaruh keyakinan anda. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan menyerahkan hidup saya kepadaMu, pakailah hidup saya sebagai alatMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie
- From Greatest Commandment To Greatest Commission
Oleh Pr Andy Anyi
- Campurtangan Tuhan, Raja Mendapat Kemenangan
“...Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya; dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya. Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar..…" Maz 20:7 Mazmur 20 ini merupakan sebuah doa seorang yang raja (ayat 1-5), manakala ayat yang ke berikut merupakan sebuah pengucapan syukurnya kepada Allah (ayat 6-10). Pemazmur ini merupakan seorang wira pejuang yang sering kali maju dalam peperangan. Itulah sebabnya dia berkata “…sekarang dia tahu bahwa TUHAN menolong atau menyelamatkan orang yang telah dipilih-Nya Dia akan menjawabnya daripada surga yang kudus. Dia menggunakan kuasa-Nya yang besar untuk menyelamatkannya. Oleh kerana Allah telah memilihkannya dan kuasanya menyertai dirinya maka dia memperolehi kemenangan yang besar ke atas musuh-musuhnya. Hal ini berkata kepada kita bahawa campurtangan Tuhan pasti menghasilkan kemenangan yang besar. Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, sekiranya Tuhan menyertai kita didalam segala yang kita lakukan, maka pasti kita akan menikmati kemenangan demi kemenangan. Sebab yang bertindak bagi pihak kita adalah Tuhan. Ingat, selagi Tuhan yang memilih kita dan menyertai kita dalam perjalanan iman hidup kita, maka yang pasti adalah kita pasti akan menikmati kemenangan, sebab yang bertindak bagi kita adalah Tuhan. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur kepadaMu atas penyertaanmu didalam setiap yang saya lakukan, campurtanganMu menyebabkan hidup saya sentiasa didalam kemenangan, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie
- Rahsia Untuk Di Segarkan
Oleh Pr Andy Anyi
- Ada Kemenangan
oleh ROG Worship
- Bagaimana Menjadikan Talenta dan Kemahiran Kita Bermakna?
“Allah telah membelimu dengan harga yang sudah dibayar sepenuhnya. Oleh itu, gunakanlah tubuhmu untuk memuliakan Allah.” (1 Korintus 6:20 AVB) Apabila kita bersedia untuk digunakan Tuhan, kita bukan sahaja menggunakan masa untuk melakukan perkara yang penting. Tetapi Tuhan juga mahu kita menggunakan talenta kita untuk yang kekekalan (eternity). Alkitab menyarankan untuk kita menggunakan tubuh kita untuk memuliakan Allah. Mungkin ada yang mempunyai salah faham tentang apa yang akan kita lakukan di kekekalan satu hari nanti. Ada yang mengatakan bahawa kita tidak akan melakukan apa-apa di syurga, atau hanya memuji Tuhan sepanjang hari dan masa kita, (walaupun ini akan menjadi salah satu aktiviti utama kita juga). Jadi apa yang akan kita lakukan di syurga satu hari nanti ? Atau apa yang akan kita lakukan apabila kita memerintah bersama dengan Tuhan di Yerusalem baru nanti ? Tuhan mempunyai rancangan untuk kita melayani di syurga satu hari nanti. Kita akan melakukan sesuatu yang spesifik yang kita “enjoy” lakukan. Sekarang semasa hidup do bumi, Tuhan memberikan kita peluang untuk berlatih untuk melayani. Apakah kita akan mengambil peluang di bumi ini untuk berlatih? Apakah Tuhan akan menyediakan untuk kita melakukan pelayanan yang penting jikalau kita tidak praktis di bumi. Ramai yang salah faham. Kita tidak akan membawa wang ke syurga. Kita tidak akan membawa harta benda ke syurga. Kita tidak akan membawa apa-apa benda duniawi ke syurga. Apa yang akan kita bawa ke syurga ? Izinkan kami cadangkan 2 perkara : karakter kita dan kemahiran (skill) kita. Masa kita di dunia lah Tuhan mahu kita belajar untuk melayani dengan skill dan karakter kita untuk menjadi lebih seperti Kristus. Apakah kita menggunakan talenta kita yang Tuhan berikan kepada kita di Marketplace? Apakah kita hanya menggunakan talenta kita hanya untuk diri kit sendiri. Tuhan mahu kita melayani dengan baik di bumi dan seterusnya di syurga. Biarlah kerajaan Tuhan dinyatakan. Biarlah kehendak Tuhan menjadi nyata di bumi dan di syurga. Renungan : Apakah salah faham kita tentang syurga? Apakah cara yang kita gunakan untuk melayani Tuhan dengan talenta dan kemahiran (skill) kita. Apakah cara yang praktikal yang boleh kita mulakan untuk memupuk kemahiran kita untuk melayani?












