top of page

Cari

3262 results found with an empty search

  • Perasaan Bersalah oleh Kerana Dosa yang Tidak Sengaja

    “...Tidak seorang pun dapat melihat kesalahannya sendiri; ya TUHAN, bebaskanlah aku daripada kesalahan yang tersembunyi…Maz 19:12 Pemazmur berkata bahawa tidak ada seorang pun yang dapat memahami kesalahannya sendiri atau menyadari kesalahannya sendiri. Sebab tidak ada seorang pun yang dapat memahami dosa-dosa yang tersembunyi dalam hatinya. Dengan itu dia harus memohon kepada Tuhan untuk menyucikan dan membebaskan dirinya daripada setiap kesalahan yang dia telah lakukan dengan tidak sengaja, baik ianya melalui perbuatan atau pemikirannya. Perasaan bersalah ini, pasti ada didalam diri seseorang yang masih hidup didunia ini. Namun perasaan yang bersalah ini baik dan akan menghasilkan perkara yang baik bagi diri kita sekiranya kita melihatnya secara positif, dengan menyelidiki hati kita agar sentiasa benar dihadapan Tuhan. Oleh itu kita harus mengelakkan diri kita daripada perasaan yang bersalah daripada berfikir secara negetif agar kita tidak melumpuhkan iman kita. Sebab setiap kali kita datang kepada Tuhan dan memohon pengampunan daripada Tuhan secara langsung Tuhan mengampuni kita dan menjadikan kita suci. Jika kita mengakui dosa kita, Allah akan mengampuni dosa kita. Kita dapat percaya bahwa Allah melakukan itu. Allah melakukan yang benar. Allah menyucikan kita dari semua perbuatan kita yang salah. (1 Yoh 1:9) Doa: Bapa yang di surga,saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu, sucikan saya agar saya dibersihkan daripada segala dosa saya.. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie

  • Ketetapan Tuhan Sentiasa Memperingatkan

    “...Hamba-Mu diperingatkan oleh semua itu; pahala tersedia untuk orang yang mentaatinya......... Maz 19:12 Pemazmur berkata bahawa oleh kerana Taurat Tuhan maka dia telah menjauhkan dirinya daripada bahaya dan mendatangkan berkat kepada dirinya kerana dia menaatinya. Dimana ajaran-Nya telah menasihatnya. Oleh kerana dia menaati Taurat Tuhan maka perkara-perkara yang baik dia telah terima dan alami. Sebab Taurat Tuhan itu menyedari dirinya akan dosa- dosanya dan mengerti bagaimana seharusnya dia hidup. Oleh itu pemazmur memberitahu kita tentang apa yang Tuarat Tuhan telah lakukan terhadap dirinya secara peribadi dan juga apa keuntungan yang akan dia terima jika dia menaati Taurat Tuhan itu bagi dirinya. Demikian juga Taurat Tuhan memperingatkan kita tentang apa kewajiban yang kita harus laksanakan dan juga merabahaya yang perlu kita hindari. Selain itu Firman itu juga akan memperingatkan kita agar kita tidak terus berada di jalan yang sesat. Dengan itu kita harus mengambil seriuos akan Firman Tuhan didalam kehidupan kita supaya kita tetap hidup menyenangkan hati Tuhan dan tetap berjalan dalam kebenaran jalan Tuhan sepanjang hidup kita. Semua kita adalah hamba-hamba Tuhan yang sentiasa diperingatkan oleh kebenaran Firman Tuhan sebab melalui Firman Tuhan kita dapat memuliakan Tuhan, dan melaluinya kita juga dapat mengenal hati Tuhan terhadap kita. Oleh itu jadikanlah Firman Tuhan sebagai pelita bagi jalan kita setiap hari agar kita sentiasa berjalan dalam jalan Tuhan. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memujiMu dengan mengucap syukur atas FirmanMu yang sentiasa memperingatkan saya,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie

  • Belajar Berhenti Seketika dan Berdoa Sebelum Membuat Komitmen Tambahan.

    “Terjeratlah seseorang yang terburu-buru mengatakan sesuatu itu "Suci," dan hanya memikirkannya semula setelah dia bernazar.” (‭‭Amsal‬ ‭20‬:‭25‬ ‭AVB‬‬) “It is a trap to dedicate something rashly and only later to consider one’s vows.” (Proverbs 20:25 NIV) Maksudnya, kita mengurangkan aktiviti yang tidak menguntungkan dan menambahkan aktiviti yang menguntungkan. Kadang-kadang hidup kita bergerak dengan begitu laju sekali - dan ada kalanya, kita merasa susah untuk perlahan. Salah satu cara untuk kita memperlahankan hidup kita kepada tahap tahap yang dapat kita tangani ialah untuk berhenti seketika dan berdoa sebelum kita membuat keputusan. Amsal 20:25 ada mengatakan adalah satu jerat untuk kita membuat keputusan terburu-buru. Apa yang Tuhan mahu kita lakukan ialah berhenti seketika sebelum kita membuat komitmen. Berfikir dan berdoa sebelum membuat keputusan. Di dalam perkataan lain, berhenti dan berdoa sebelum kita menambahkan sesuatu ke dalam jadual kita. Ini akan memperlahankan hidup kita. Kita tidak boleh menambahkan komitmen kita tanpa kita membuangkan komitmen kita yang lain. Setiap kali kita menambahkan aktiviti ke dalam jadual kita, kita harus keluarkan aktiviti kita yang lain. Lainlah cerita, jikalau kita mempunyai banyak masa dan tidak ada banyak komitmen di dalam jadual kita. Peter Drucker ada mengatakan “Jangan beritahu saya apakah perkara baru yang kamu lakukan, beritahu saya apa yang kamu berhenti lakukan”. Salah satu tanda seorang pemimpin ialah untuk mengetahui apa yang akan kita berhenti lakukan. Apa aktiviti yang boleh kita keluarkan. Kita belajar untuk mengatakan “NO” kepada orang lain. Apabila kita berhadapan dengan kesusahan kita untuk mengurangkan aktiviti kita, inilah cadangan untuk kita lakukan. Tanya soalan ini Apakah ia berharga ? (Is it worth it?). Berkenaan dengan rohani kita, tenaga kita, reputasi kita, masa kita, wang kita? Apakah yang akan kita “give up”? Apakah kos nya? Belajar untuk berkata “no”. Renungkan : Mengapa susah untuk kita mengatakan “no” untuk satu yang baru. Bagaimana kita boleh membantu orang lain ? Apakah perkara yang baru yang telah kita tambah bulan lepas. Apakah yang boleh kita keluarkan untuk menambahkan “margin” kehidupan kita?

  • Ketetapan Tuhan Lebih Berharga

    “...Ketetapan TUHAN lebih berharga daripada emas murni, lebih manis daripada madu........ Maz 19:11 Pemazmur berkata bahawa Ketetapan TUHAN itu lebih berharga daripada emas murni, dan lebih manis daripada madu. Hal ini berkata kepada kita tentang Firman Tuhan itu lebih jauh berharga daripadai segala kekayaan di dunia ini Itulah sebabnya pemazmur mengungkapkan rasa penghargaannya yang sangat tinggi terhadap firman Allah, dan keuntungan yang sangat besar dia perolehi dan miliki didalam Firman Tuhan. Ajaran Firman Tuhan itu lebih indah daripada emas, yang mengatakan bahawa ia lebih bernilai daripada segala kemuliaan harta yang ada didunia ini, sebab keindahannya adalah, sempurna, teguh, tepat, murni, dan benar. Oleh itu kita perlu menerima Firman Allah itu ke dalam hati kita secara peribadi, sebab dengan menerimakannya ke dalam hati kita maka iman kita akan dikuatkan, sebab melalui Firman Tuhan kita akan menemui kebenaran untuk kehidupan kita. Dengan itu marilah kita membiarkan Firman Tuhan itu menguasai diri kita secara peribadi sebagai sebuah anugerah yang sangat berharga didalam kehidupan kita setiap hari ini, agar kita dapat mengenal Dia lebih mendalam secara pribadi. Doa: Bapa yang di surga, saya sangat berterima kasih ke atas FirmanMu, kuasailah saya dengan FirmanMu agar saya akan menjadi lebih mengenaliMU, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie

  • Bapaku, Inspirasiku

    Oleh Pr Andy Anyi

  • Berbakti kepada Tuhan itu baik

    “...Berbakti kepada TUHAN itu baik, berlanjutan selama-lamanya. Ketetapan TUHAN itu adil, tidak berat sebelah....... Maz 19:10 Pemazmur berkata bahawa “…berbakti kepada TUHAN itu baik, sebab ianya bertahan selama-lamanya. Dan Ketetapan TUHAN itu adil, tidak berat sebelah. Apakah yang dimaksudkan dengan pemazmur tentang “berbakti kepada Tuhan itu baik”? berbakti kepada Tuhan ini merujuk hidup yang takut akan Tuhan, dan belajar hidup hormat dengan Tuhan. Menjalani kehidupan yang takut akan TUHAN adalah baik dan bertahan untuk selama-lamanya, oleh itu kita perlu menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan sepanjang hidup kita didunia ini. Sebab hidup takut akan Tuhan itu baik. Jalanilah kehidupan yang takut akan Tuhan setiap hari, sebab cara hidup ini akan bertahan untuk selama-lamanya dan tidak akan merugikan diri kita secara peribadi tetapi ianya mendatangkan kebaikan untuk hidup kita. Hidup takut akan Tuhan menurut Amsal 8:13 “seseorang itu harus membenci segala kejahatan; dan membenci segala kesombongan dan membenci segala keangkuhan, tingkah laku yang jahat dan dusta. Hidup takut akan Tuhan bukanlah hal yang sukar untuk dijalani, sekiranya kita sanggup untuk meninggalkan segala bentuk dosa. Dengan mengikut Tuhan Yesus setiap hari dengan sepenuh hati, segala akal, kekuatan dan jiwa kita. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan memohon bimbinganMu agar saya hidup takut akan Engkau setiap hari, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie

  • Dipulihkan Untuk Kemuliaan Allah

    Oleh Pr Helfidiana Paris

  • Pilihlah Hari Ini Kepada Siapa Kita Akan Beribadah Di Marketplace

    Pekerjaan kita adalah ibadah kepada Tuhan. Perkataan asli pekerjaan ialah “avodah” yang bermakna ibadah. Oleh itu, apabila kita bekerja, kita beribadah kepada Tuhan. Setiap bahagian tubuh kita, adalah alat perbenaran, yang diserahkan kepada Tuhan untuk pelayanan dan kemulian Tuhan. “Tidakkah kamu tahu bahawa jika kamu mempersembahkan dirimu kepada seseorang dan mentaatinya sebagai hamba, maka kamu menjadi hamba kepada orang yang kamu taati – sama ada kamu hamba kepada dosa, yang membawa kepada kematian, atau kamu hamba kepada ketaatan, yang membawa kepada perbenaran.” (‭‭Roma‬ ‭6‬:‭16‬ ‭AVB‬‬) Paulus mengatakan apabila kita mempersembahkan diri kita kepada seseorang, maka kita akan menjadi hamba kepada dia yang kita katakan. Jikalau kita berserah kepada dosa, kita akan menjadi hamba kepada dosa. Kita tidak boleh mengalah kepada dosa tanpa kita menjadi hamba kepada Tuhan. Oleh itu, kita harus membuat keputusan samada untuk menjadi hamba kepada Tuhan atau dosa. Mungkin ada diantara kita yang tidak suka membuat pilihan, tetapi apabila kita tidak membuat pilihan, kita sudah membuat pilihan. Secara rohani, kita harus membuat pilihan. Yosua memberikan umat Israel membuat pilihan. “Oleh itu, takutlah kepada Tuhan dan beribadatlah kepada-Nya dalam ketulusan dan kesetiaan. Singkirkanlah segala tuhan berhala yang disembah nenek moyangmu di seberang Sungai Efrat dan juga di Mesir, dan beribadatlah kepada Tuhan. Jika menurutmu tidak baik beribadat kepada Tuhan, pilihlah hari ini kepada siapa kamu akan beribadat: Apakah kepada tuhan-tuhan yang disembah nenek moyangmu di seberang Sungai Efrat atau kepada tuhan-tuhan bani Amori yang negeri mereka sekarang kamu huni? Tetapi kami, iaitu aku dan keluargaku, akan beribadat kepada Tuhan!" (‭‭Yosua‬ ‭24‬:‭14‬-‭15‬ ‭AVB‬‬) Yosua mencabar umat Israel untuk membuat pilihan. Dan pilihan ini tidak berubah untuk kita yang seorang ini. Persoalannya bukanlah samada kita melayani, tetapi kepada SIAPA kita melayani. Samada kita menjadi hamba kepada Iblis atau menjadi hamba kepada Tuhan. Apabila kita mengalami penebusan Yesus, kita ada pilihan untuk beribadah kepada Tuhan dan menjadi hamba kepada perbenaran. Seperti doa Bishop Richard... "Thanks be to you, our Lord Jesus Christ, for all the benefits which you have given us, for all the pains and insults which you have borne for us. Most merciful Redeemer, Friend and Brother, may we know you more clearly, love you more dearly, and follow you more nearly, day by day. Amen." Richard, Bishop of Chichester. Doa: Terima kasih Yesus, atas kemenangan-Mu di kayu salib.  Saya memilih untuk melayani Tuhan, dan saya mengisytiharkan bahawa anggota bahagian tubuh saya, adalah alat perbenaran, diserahkan kepada Tuhan untuk pelayanan-Nya dan untuk kemuliaan-Nya, di Marketplace dan kehidupan saya. Amen.

  • Perintah Tuhan itu Adil

    “...Perintah TUHAN itu adil, memberi orang pengertian...... Maz 19:9b Firman Tuhan itu adalah adil, ini bermakna bahawa perintah TUHAN itu murni, suci dan bersih. “keadilan” menyatakan tentang sifat perintah Tuhan yang bebas daripada segala pencemaran dunia ini. Oleh kerana perintah Tuhan itu bersifat adil maka setiap orang yang menerimanya ke dalam kehidupan mereka secara peribadi akan disucikan daripada semua kecemaran dunia ini, sehingga mereka mendapat pengertian terhadap segala perkara. Perintah Tuhan akan memperlihatkan cara hidup yang benar kepada semua orang yang menerima dan berpegang kepadanya. Mereka akan menerima pengertian daripada perintahNya. Perintah Tuhan merupakan sarana yang biasa digunakan oleh Roh Tuhan untuk membuat mata kita terang. Dimana perintah itu akan membuka mata dan menyedarkan kita mengenai dosa dan kesengsaraan kita, serta mengarahkan kita untuk menjalankan kewajiban kita sebagai orang yang percaya. Oleh itu marilah kita membiarkan Perintah Tuhan yang murni dan adil itu menerangi mata dan mengandalikan kehidupan kita setiap hari agar hidup kita sentiasa berkenaan kepada Tuhan dan memuliakan namaNya. Apakah anda merasa ragu dan kuathir pada hari ini oleh kerana kejadian yang terjadi di sekeliling anda hari ini? Mari peganglah pada Firman Tuhan anda akan merasa aman dan tenang. Doa: Bapa yang di surga, terima kasih atas perintahMu, melalui perintahMu saya dapat melihat setiap perkara dengan penuh pengertian. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie

bottom of page