top of page

Ketetapan Tuhan Sentiasa Memperingatkan


“...Hamba-Mu diperingatkan oleh semua itu; pahala tersedia untuk orang yang mentaatinya......... Maz 19:12


Pemazmur berkata bahawa oleh kerana Taurat Tuhan maka dia telah menjauhkan dirinya daripada bahaya dan mendatangkan berkat kepada dirinya kerana dia menaatinya. Dimana ajaran-Nya telah menasihatnya.


Oleh kerana dia menaati Taurat Tuhan maka perkara-perkara yang baik dia telah terima dan alami. Sebab Taurat Tuhan itu menyedari dirinya akan dosa- dosanya dan mengerti bagaimana seharusnya dia hidup.


Oleh itu pemazmur memberitahu kita tentang apa yang Tuarat Tuhan telah lakukan terhadap dirinya secara peribadi dan juga apa keuntungan yang akan dia terima jika dia menaati Taurat Tuhan itu bagi dirinya.


Demikian juga Taurat Tuhan memperingatkan kita tentang apa kewajiban yang kita harus laksanakan dan juga merabahaya yang perlu kita hindari. Selain itu Firman itu juga akan memperingatkan kita agar kita tidak terus berada di jalan yang sesat.


Dengan itu kita harus mengambil seriuos akan Firman Tuhan didalam kehidupan kita supaya kita tetap hidup menyenangkan hati Tuhan dan tetap berjalan dalam kebenaran jalan Tuhan sepanjang hidup kita.


Semua kita adalah hamba-hamba Tuhan yang sentiasa diperingatkan oleh kebenaran Firman Tuhan sebab melalui Firman Tuhan kita dapat memuliakan Tuhan, dan melaluinya kita juga dapat mengenal hati Tuhan terhadap kita.


Oleh itu jadikanlah Firman Tuhan sebagai pelita bagi jalan kita setiap hari agar kita sentiasa berjalan dalam jalan Tuhan.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memujiMu dengan mengucap syukur atas FirmanMu yang sentiasa memperingatkan saya,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comentarios


bottom of page